VW Golf kini dengan enjin 1.5 liter EVO baharu

oleh Muhammad Md Tajudin|
VW Golf kini dengan enjin 1.5 liter EVO baharu
VW Golf kini dengan enjin 1.5 liter EVO baharu
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Di United Kingdom, Volkswagen telah melancarkan Golf versi kemaskini dan menariknya ia didatangkan dengan enjin 1.5 liter TSI EVO baharu. Enjin EVO tersebut mengantikan enjin 1.4 liter TSI dan ia didatangkan dalam dua versi kuasa iaitu 150 PS dan 130 PS.

Kedua-dua versi kuasa dipadankan sama ada dengan transmisi enam kelajuan manual atau tujuh kelajuan DSG.

Enjin EVO membawakan teknologi canggih iaitu Active Cylinder Management (ACM) yang mana operasi silinder akan dihentikan apabila pemandu mengalihkan kaki daripada pedal minyak. Berikut ialah ciri-ciri utama enjin EVO baharu.

  • Unit 150 PS akan menghentikan operasi dua dari empat silinder
  • Unit 130 PS BlueMotion pula akan menghentikan seketika operasi keempat-empat silinder
  • Geseran dalaman unit 150 PS dikurangkan melalui penggunaan pam minyak yang boleh dilaras sepenuhnya dan bearing aci engkol disadur polimer
  • Tekanan suntikan lebih tinggi iaitu pada 350 bar berbanding 200 bar pada enjin 1.4 lama
  • Peralatan yang sensitif kepada suhu seperti injap pendikit dialihkan di bahagian bawah intercooler
  • Enjin baharu juga mempunyai sistem pengurusan termal lebih inovatif melalui pemetaan modul penyejukan baharu
  • Tujahan unit 150 PS ialah 250 Nm daripada putaran enjin serendah 1,500 rpm
  • Pecutan unit 150 PS dari kosong ke 100 km/j ialah 8.3 saat dengan kelajuan maksimum 215 km/j
  • Unit 150 PS akan dipasangkan pada varian Golf GT dan R-Line dan Golf GT Estate - harga permulaan ialah GBP 23,445 / RM 131,789.51
VW Golf kini dengan enjin 1.5 liter EVO baharu

 

Selain unit enjin baharu, penampilan Golf turut dikemaskini dengan beberapa kelengkapan baharu seperti lampu DRL LED, skrin sesentuh lapan inci berwarna dan brek parkir elektronik.

Juga standard ialah Front Assist yang mengawasi jarak kenderaan di hadapan dan memberi amaran kepada pemandu apabila terdapat kemungkinan pelanggaran.

Dengan pengenalan enjin 1.5 liter EVO, pembeli di UK boleh memiliki Golf bermula dari 1.0 liter TSI, SE, SE Navigation, GT dan R-Line.

Mereka yang mahu memiliki varian prestasi pula boleh memilih versi GTD, GTI, R dan untuk varian mesra alam pula ialah Golf Hybrid GTE dan beberapa bulan akan datang versi elektrik sepenuhnya iaitu e-Golf.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…
Berita Global
   Volkswagen ID.3 GTX Hatchback elektrik ini ditawarkan di dalam dua varian iaitu ID.3 GTX dan…