VW Golf GTI TCR, jelmaan kereta lumba ke jalanan!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volkswagen Golf GTI adalah satu kereta ikonik yang mempunyai pengikut tersendiri. Jualan siri Golf GTI global kini sudah pun melebihi 2.2 juta unit. 

Jumlah peminat model ini juga begitu besar sehingga mampu dianjurkan perjumpaan GTI (GTI meeting) saban tahun.

Perjumpaan pada tahun ini berjalan seperti biasa dan nampaknya pada tarikh yang sama dengan hari pilihan raya umum negara kita iaitu pada 9 Mei.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
VW Golf GTI TCR

 

Pada tahun lalu sebanyak 7,300 kereta dan sekitar 125,000 pelawat mengunjungi pameran tersebut di Austria.

VW menjangkakan dapat mengekalkan jumlah kehadiran tersebut pada tahun ini. Istimewanya ialah, pada perjumpaan di Reifnitz am Wörthersee, VW akan memperkenalkan Golf GTI paling laju di antara Golf GTI paling laju pada acara tersebut.

Model yang dimaksudkan ialah Golf GTI TCR yang dibangunkan sempena kejayaan VW dalam perlumbaan TCR dua kali berturut-turut. 

Model edisi istimewa ini sebenarnya adalah versi jalanan kepada model lumba Golf GTI TCR dan tampil dengan beberapa perubahan selari dengan namanya.

 

VW Golf GTI TCR

 

Enjin TSI Golf GTI mempunyai output kuasa 290 PS (213 kW) di antara 5,000 rpm hingga 6,800 rpm. Keupayaan tujahan maksimum pula ialah 370 Nm di antara 1,600 rpm hingga 4,300 rpm.

Enjin itu dipadankan bersama transmisi tujuh kelajuan manual DSG pacuan gandar depan dengan differential lock untuk cengkaman cemerlang.

Kelajuan maksimum model ini ialah 250 km/j dan ia boleh ditingkatkan kepada 264 km/j dengan mengeluarkan penghad kelajuan elektronik Vmax.

 

VW Golf GTI TCR

 

VW juga mendakwa prestasi pemanduan model ini berada dalam lingkungan Golf GTI TCR versi lumba dengan kuasa 275 kW / 350 PS.Dengan jualan global melebihi 2.2 juta unit, Golf GTI adalah di antara kereta kompak sport paling berjaya di dunia.

VW Golf GTI pertama kali dikeluarkan pada tahun 1976 dengan kuasa 110 PS pacuan depan yang turut menjadikannya sebagai kereta berprestasi mampu milik.

Jumlah jualan juta-juta tersebut atau 440 kali ganda dari asalnya adalah satu lagi bukti bahawa Golf GTI memang kegemaran ramai!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…
Berita Global
   Volkswagen ID.3 GTX Hatchback elektrik ini ditawarkan di dalam dua varian iaitu ID.3 GTX dan…