VW Golf GTI TCR - hot hatch halal dengan 286 kuasa kuda!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah memperlihatkan konsep pada acara Worthersee tahun lalu, Volkswagen Golf GTI TCR kini sudah mula dibuka tempahan kepada mereka yang berminat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Volkswagen Golf GTI TCR ini diproduksikan hasil inspirasi daripada versi hot hatch yang mengambil bahagian di dalam perlumbaan TCR International Series, namun ianya halal untuk digunakan di atas jalan raya biasa. 

Sebagai sebuah Golf yang serius, kuasa 286 hp diperoleh daripada unit enjin empat silinder sebaris 2.0 liter turbo sebelum disalurkan kepada transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan. 

Ia mampu memecut daripada 0-100 km/j dalam masa 5.6 saat dengan kelajuan maksimum dihadkan secara elektronik 250 km/j sahaja. 
 


Namun, dengan tetapan khas, anda boleh menjangkau kelajuan tertinggi tersebut kepada 260 km/j. 

Turut membantu menambahkan prestasi pengendalian di dalam litar ialah komponen seperti splitter hadapan, spoiler bumbung, diffuser belakang, serta brek cakera berliang yang membantu memberhentikan kenderaan dengan berkesan. 

VW Golf GTI TCR hadir dengan penawaran rim bersaiz 18 inci dengan pilihan naik taraf kepada rim 19 inci dan set tayar semi-slick bagi mereka yang ingin menghabiskan masa di litar lumba pada hujung minggu. 
 


Menyambut kehadiran pemandu ialah sport seat yang diperbuat daripada bahan microfiber dan upholsteri fabrik, serta unit stereng balutan kulit. 

Berita kurang baik, VW Golf GTI TCR hanya ditawarkan untuk pasaran Eropah sahaja dengan harga jualan bermula dari €38,950 (RM182,472++) termasuk cukai yang berkaitan. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun boleh dikatakan sebagai salah seorang pelumba yang berjaya, sepanjang karier Formula 1,…
Berita Global
Sebanyak lapan generasi Golf telah pun dihasilkan, kesemuanya mempunyai kejayaan dan peminat…
Berita Global
Menurut CEO Volkswagen Passenger Car, Thomas Schäfer dalam satu hantaran di LinkedIn mengumumkan…