VW Golf GTI Performance kini lebih berkuasa - 245 PS, 370 Nm!

oleh Muhammad Md Tajudin|
VW Golf GTI Performance kini lebih berkuasa - 245 PS, 370 Nm!
VW Golf GTI Performance kini lebih berkuasa - 245 PS, 370 Nm!
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selain melancarkan Golf dengan enjin 1.5 liter TSI EVO baharu, Volkswagen di United Kingdom turut melancarkan Golf GTI Performance yang telah dinaikkan kuasanya kepada 245 PS dan tork 370 Nm. Angka itu meningkat dari 230 PS dan 350 Nm berbanding kuasa Golf GTI Performance sebelum ini. Kuasa itu boleh diperolehi dari 1,600 rpm hingga 4,300 rpm.

Pecutan dari sifar hingga 100 km/j hanya mengambil masa 6.2 saat sahaja manakala kelajuan maksimum ialah 249 km/j untuk versi manual dan 247 km/j untuk versi transmisi DSG. Menyentuh tentang transmisi, Golf GTI Performance dipadankan dengan transmisi enam kelajuan manual dan tujuh kelajuan DSG versi baharu.

VW Golf GTI Performance kini lebih berkuasa - 245 PS, 370 Nm!

Sesuai dengan peningkatan kuasa, Golf GTI Performance kini dilengkapi brek cakera yang lebih besar dan angkup brek depan berwarna merah. 

Kelebihan Golf GTI terletak pada keseimbangan di antara kereta berkuasa dengan kebolehgunaan harian. Saiz butnya ialah 380 liter dan meningkat kepada 1270 liter apabila kerusi belakang dibaringkan. 

Pembeli yang mahukan imej lebih sporti boleh memesan varian tiga pintu atau untuk lebih mesra penumpang, pilih sahaj varian lima pintu. Pada bahagian dalaman, GTI Performance dilengkapi Active Info Display dan skrin TFT itu mempunyai saiz yang besar iaitu 12.3 inci.

VW Golf GTI Performance dipasarkan pada harga GBP 29,280 atau RM 165,003.42.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…
Berita Global
   Volkswagen ID.3 GTX Hatchback elektrik ini ditawarkan di dalam dua varian iaitu ID.3 GTX dan…