VW Golf GTI Mk8 - Kenapa harganya hampir RM30k lebih rendah dari dulu?

oleh HEZERI SAMSURI|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) patut menerima pujian dari semua pencinta automotif negara kerana buat pertama kalinya, sebuah Golf GTI dipasang di luar Jerman dan China. 

Jerman, kerana itu ialah tanah tumpah jenama VW dan China, kerana pasaran yang sangat luas di negara bekas komunis itu. Malaysia ialah sebuah negara yang kecil dan jumlah jualan tahunan kenderaan juga tidak sampai jualan kenderaan China untuk tempoh seminggu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk dikatakan Golf GTI Mk8 ini "kurang mainan" dan kerana itu dipasang di Malaysia adalah satu kenyataan anti populis yang tidak adil dan dungu. Cuba kita lihat 10 fakta di bawah ini berkaitan Golf GTI Mk8 CKD Malaysia.

1.Dijual dengan harga RM212,711 atas jalan!
Harga Golf GTI Mk7.5 yang dijual dahulu dalam tahun 2019 ialah RM239,990, bermakna Golf GTI Mk8 ini lebih kurang RM27k lebih rendah. Namun begitu, harga Mk8 ini ialah dengan insentif cukai jualan 0 peratus yang akan berakhir pada 30 Jun ini.

2. Enjin 2.0L TSI EA888 masih digunakan, tapi LEBIH berkuasa.
Enjin EA888 2.0L TSI ini masih diteruskan di dalam Golf GTI Mk8 tetapi diperhalusi dan kini menghamburkan 245PS dan 370Nm dari serendah 1,600 RPM. Ini ialah penambahan sebanyak 15PS dan 20Nm. 

3. Transmisi 7-kelajuan DSG klac basah
Transmisi 7-kelajuan DSG dengan klac basah digunakan dan ia memang sudah terbukti sekian lama, jauh lebih lasak dari DSG zaman-zaman dahulu.

 

 

4. Pecutan sama dan halaju maksimum mantap
Pecutan 0-100kmsj untuk Golf GTI Mk8 ialah 6.4 saat dan halaju maksimum pula mencecah 250 kmsj. Ini sudah jauh lebih dari mencukupi untuk kegunaan di jalanraya awam tetapi percayalah, akan ada Proton X50 yang akan memberikan anda "highbeam" di lebuhraya PLUS nanti.

5. Lebih rapat ke bumi dari Golf marhaen
Penggunaan sistem gantungan yang lebih sporti menjadikan Golf GTI Mk8 ini 15mm lebih rapat ke jalanraya dari Golf biasa.

6. Vehicle Dynamics Manager kini lebih bijak
Sistem kawalan Vehicle Dynamic s Manager untuk GTI baharu ini akan mengawal input dan output dari transmisi dan juga penyerap hentak adaptif DCC. Ini bermakna, prestasi pengendalian telah digabungkan sekali dengan sistem VDM itu.

 

 

 

7. Lampu LED tanpa fungsi matrix macam Perodua Ativa, tapi cantik
Lampu LED hadapan sudah hilang garis merah yang selari dengan gril GTI, tetapi kali ini ia mempunyai LED bar sepanjang grilnya. Sayang sekali lampu matriks tidak digunakan di Malaysia oleh Golf ini.

8. Lebih besar!
Ya, rotor brek hadapan lebih besar dan menggunakan kaliper berwarna merah. Juga besar ialah roda aloi 18-inci Richmond dengan tayar Bridgestone Potenza S005 dengan saiz 225/40.

9. Tempat duduk premium kulit
Kulit Vienna dengan lubang udara menghiasi tempat duduk Golf GTI Mk8 ini. Ia memang terasa mewah tetapi dari segi visual, Golf 1.4L TSI R-Line Mk8 nampak lebih mengancam.

 

10. Masih tiada sistem ADAS
Sayang sekali, Golf GTI Mk8 ini tidak datang dengan sistem keselamatan ADAS seperti brek otonomi dan sebagainya. Namun begitu, untuk kaki kereta, prestasi, pengendalian dan bentuk adalah jauh lebih penting.

Seperti Golf 1.4L TSI R-Line, Golf GTI Mk8 ini menerima waranti 5 tahun tanpa had perbatuan, servis percuma 3 tahun dan bantuan jalanan selama 5 tahun. 

Jadi kenapa harganya ini lebih rendah? Kami berpendapat bahawa ia dapat dilakukan sekarang sewaktu pelancaran kerana insentif pengecualian 100 peratus cukai jualan SST yang sedang diterima oleh semua pemain industri sehingga 30 Jun 2022.

Operasi CKD kenderaan sebenarnya boleh meningkatkan lagi kos kepada syarikat kenderaan. Paling tidak, pelaburan untuk menyiapkan barisan produksi di kilang sahaja sudah memakan modal jutaan ringgit. CKD akan hanya balik modal sekiranya jumlah jualan tinggi dan Careta yakin Volkswagen Jerman memberikan sedikit pelepasan harga untuk menjadikan Golf ini lebih menarik dari segi RM agar meningkatkan jualannya.

Syabas Malaysia kerana menjadi negara ketiga di dalam dunia untuk memasang lagenda ini. Di bawah ialah spesifikasi dan risalah lengkap Golf GTI Mk8 ini.

/sites/default/files/VW%20Golf%20GTI%20Spec%20Sheet.pdf
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…