VW Golf GTI Clubsport 45, siap ekzos Akra, tanpa penghad kelajuan!

oleh Muhammad Md Tajudin|
VW Golf GTI Clubsport 45
VW Golf GTI Clubsport 45
Volkswagen Golf GTI mempunyai pesona tersendiri, ianya sebuah hatchback yang versatil dengan keluasan dalaman dan prestasi. 

Anda boleh menikmatinya sebagai kenderaan keluarga dan juga ciri-ciri sporti atau dua dalam satu. Tidak hairanlah mengapa Golf GTI digemari ketua keluarga muda.

Untuk mereka yang mahukan lebih prestasi, VW menawarkan Golf R dan ia turut dipasarkan di negara kita (Mk7.5).

Berbeza dengan pasaran Eropah, pengguna di sana ditawarkan satu varian pertengahan iaitu Golf GTI Clubsport. Varian ini berada di antara Golf GTI dan Golf R.

Bagi meraikan ulangtahun ke-45 hatchback ikonik itu, VW menawarkan satu varian baharu dengan jumlah terhad iaitu Golf GTI Clubsport 45.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
VW Golf GTI Clubsport 45

 

Varian ini adalah generasi keenam yang mempunyai edisi istimewa ulangtahun dan seperti namanya diasaskan dari Golf GTI Clubsport.

Harus tahu bahawa Golf GTI Clubsport merupakan Golf GTI paling berkuasa di dalam model generasi kelapan. Golf R pula paling berkuasa dalam model Golf.

Apa yang istimewa tentang Golf GTI Clubsport 45? Resipinya ringkas tetapi berkesan.

Pertama sekali, enjin EA888 evo4 2.0 liter TSI didatangkan tanpa penghad kelajuan dan boleh mencecah kelajuan maksimum 267 km/j dari kelajuan asal 249 km/j.

Enjin itu kekal berkuasa seperti Clubsport asal, 300 PS dengan tork 400 Nm dan pecutan 0 hingga 100 km/j dalam masa 5.6 saat.

 

VW Golf GTI Clubsport 45

 

Lagi keistimewaan ialah ekzos sport titanium Akrapovič yang menambah gema enjin dan turut memperbaiki aliran ekzos dan mengurangkan berat.

Bahagian luar Clubsport yang sudah sedia menyerlah dibezakan dengan roda aloi ringkas Scottsdale saiz 19 inci berwarna hitam kilat dan kemasan Tornado Red pada sekelilingnya.

Status istimewa Golf GTI Clubsport 45 diserikan dengan emblem 45 pada bahagian sisi kereta dan warna hitam kilat pada cermin sisi dan bahagian atas spoiler.

Menjengah ke bahagian dalam, huruf GTI tampil pada perehat kerusi depan dan emblem 45 pada stereng dan panel pintu menggunakan fabrik Artvelours.

 

VW Golf GTI Clubsport 45

 

Komponen lain ialah skrin TFT resolusi tinggi saiz 10.25 inci dengan menu dan maklumat boleh ubah.

Clubsport ini juga canggih dengan teknologi Travel Assist yang merupakan sistem pemanduan semi autonomi Tahap 2.

Dari segi mekanikal, walaupun perubahan yang dibuat tidak besar, prestasi penggunaan bahan api meningkat sedikit kepada 6.2 l/km berbanding 6.15 l/km pada Golf GTI Clubsport.

Selain itu, Clubsport 45 mengekalkan komponen Clubsport standard seperti XDS electronic differential lock dan electromechanical front-axle locking differential.

Melalui sistem Vehicle Dynamics Manager, komponen elektroknik pada Clubsport menghapuskan understeer seperti yang biasa dialami kereta pacuan roda depan.

Turut membantu ialah sistem pembrekan lebih besar dan prestasi pengendalian boleh ditingkatkan lagi dengan penambahan sistem hentakan damper Dynamic Chassis Control (DCC).

 

VW Golf GTI Clubsport 45

 

Berikut ialah siri Golf GTI edisi istimewa ulangtahun:

  • Golf GTI Mk III 20th Anniversary Edition 1996
  • Golf GTI Mk IV 25th Anniversary Edition 2001
  • Golf GTI Mk V 30th Anniversary Edition 2006
  • Golf GTI Mk V1 35th Anniversary Edition 2011

Untuk Golf Mk VII ulangtahun ke-40, edisi yang ditawarkan adalah versi terhad Golf GTI Clubsport dan Clubsport S.

Di United Kingdom, Volkswagen Golf GTI Clubsport 45 ditawarkan pada harga permulaan £39,980 (RM227,801).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

VW Golf GTI Clubsport Mk8 2021
VW Golf GTI Clubsport Mk8 2021