VW Golf GTI berperisai dari Armormax, mampu menahan peluru .44 Magnum

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Anda ingin meloloskan diri dengan gaya? Syarikat pakar kereta berperisai dari Afrika Selatan ini ada jawapan untuk anda. Armormax telah menghasilkan pakej perisai untuk Golf GTI MK8 yang mampu menahan tembakan dari pistol dan senapang patah.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Pakej berperisai Golf GTI itu melibatkan penukaran dan penambahan beberapa komponen seperti cermin asal yang digantikan dengan kaca balistik Optima.

 

2

 

Manakala bahagian panel, tiang, tempat duduk dan bahagian belakang diperkuatkan dengan perisai sintetik ringan, Armormax turut menambahkan radio push-to-talk di dalam Golf GTI itu.

Semua komponen yang ditukar dan ditambah itu telah menambah berat pada kereta itu sebanyak 180 kg, namun semua naik taraf perisai itu tidak menjadikan kereta itu kalis peluru dan tahan letupan bom.

 

3

 

Armormax menghasilkan pakej perisai untuk Golf GTI itu mengikut standard B4 di Eropah, dimana ianya hanya mampu menahan serangan senjata kecil seperti pistol dan senapang patah.

Standard B5 mampu menahan serangan senapang ringan seperti AK-47, B6 pula mampu menahan serangan senapang lebih berat dan standard B7 merupakan paling tinggi dimana ia mampu menahan senjata balistik yang lebih berat.

 

4

 

Armormax menyasarkan untuk menjual pakej perisai itu kepada individu dan perniagaan di Afrika Selatan dimana kadar jenayah dan kejadian rampasan dikatakan semakin meningkat.

 

Sumber: carbuzz

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tidak seperti sebelum ini, tiada lagi Tiguan Allspace dan model tiga baris tempat duduk…
Berita Global
  Berbekalkan rangkaian kuasa ini, Tiguan dan Passat boleh menunda sehingga 2,200 kilogram (kg)…
Berita Global
   Terbaru Kumpulan Volkswagen mengumumkan angka penghantaran keseluruhan 2024 sebanyak 9.03 juta…