VW Golf Estate, apabila Golf dibuat wagon terus jadi segak!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volkswagen Golf Estate R-Line
Volkswagen Golf Estate R-Line
Dalam menawarkan sesebuah model massa di Eropah, varian hacbek adalah satu kewajipan dan wagon pula satu keperluan.

Di antara model massa yang laku keras di sana ialah Golf dan Volkswagen memang pandai memenuhi citarasa pelanggan.

Sebagai contoh, Golf baharu (Mk8) mempunyai banyak varian dari model 1.0 liter TSI, diesel, hibrid sehingga Golf R untuk pelanggan yang gemarkan prestasi.

Terbaru Volkswagen menambah satu lagi gayaan badan iaitu Golf Estate yang tampil dengan reka bentuk segak dan menawan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Volkswagen Golf Estate R-Line

 

Sama seperti model hacbek, Golf Estate ditawarkan dari model 1.0 liter sehingga R-Line. Pelanggan yang mahukan varian berprestasi boleh dapatkan Golf Alltrack dengan enjin 2.0 diesel berkuasa 200 PS.

Ah! Bayangkan jika VW menawarkan Golf Estate dalam varian R!

Berikut ialah perincian VW Golf Estate baharu:

Reka bentuk

Pertambahan ukuran panjang semestinya mengubah perkadaran Golf Estate. Dari sisi, varian ini kelihatan lebih berisi dan sarat, jelas ianya adalah wagon konvensional dan bukan wagon coupe seperti Arteon Shooting Brake.

Sebagai perbandingan, ukuran Golf Estate ialah 1,789 mm lebar, 1,455 mm tinggi, 4,633 mm panjang dan jarak roda 2,686 mm. 

 

Volkswagen Golf Estate R-Line

 

Golf Hatchback pula berukuran 4,284 mm panjang dengan jarak roda 2,619 mm. Tinggi dan lebar kedua-dua Golf adalah sama.

Pada bahagian dalam, lima penumpang boleh duduk selesa dengan saiz ruang kaki penumpang belakang berukuran 941 mm.

Untuk isian barang, saiz yang disediakan ialah 611 liter tanpa kerusi direbahkan dan meningkat kepada 1,642 liter apabila muatan diisi ke bumbung dan sehingga penyandar kerusi depan. 

Rangkaian kuasa

Golf Estate meriah dengan kombinasi enjin dan transmisi berikut: 

  • 1.0 liter 110 PS, transmisi enam kelajuan manual
  • 1.0 liter eTSI 48V mild hybrid, transmisi DSG tujuh kelajuan
  • 1.5 liter 130 PS TSI, transmisi enam kelajuan manual
  • 1.5 liter 150 PS TSI, transmisi enam kelajuan manual
  • 2.0 liter 115 PS TDI, transmisi enam kelajuan manual
  • 2.0 liter 150 PS TDI, transmisi enam kelajuan manual
  • 1.5 liter 130 PS eTSI dan 150 PS eTSI mild-hybrid, transmisi DSG tujuh kelajuan
  • 2.0 liter 200 PS TDI, transmisi DSG tujuh kelajuan khas untuk Golf Alltrack

Varian biasa sehingga paling laju

 

Volkswagen Golf Estate Alltrack

 

Golf Estate ditawarkan dalam empat varian iaitu Life,Style, R-Line dengan Golf Alltrack paling berkuasa. Daya pecutan varian itu dari 0 hingga 100 km/j boleh dicapai dalam masa 7.1 saat.

Sebagai perbandingan, varian permulaan 1.0 liter 110 PS TSI memerlukan 10.5 saat untuk pecutan yang sama.

Golf Estate R-Line

Varian ini istimewa dengan roda Valencia 17 inci, bampar R-Line, cermin berwarna (tinted) dari tiang B hingga ke belakang, kemasan pintu dan sisi R-Line, roda tiga rongga R-Line dengan fungsi pemanas dan balutan kulit, suspensi sport, stereng lebih progresif dan mod Driving Profile Selection.

 

Volkswagen Golf Estate R-Line

 

Golf Alltrack

Varian ini pula dipengaruhi dengan gayaan rugged dan SUV dengan pacuan semua roda 4MOTION.

Dari segi penampilan, reka bentuk bahagian lampu kabus membawa gaya sarang lebah seperti varian Golf GT lain, gril dengan nyalaan dan dilengkapi rel bumbung.

Roda yang digunakan jenis Ronda 17 inci manakala dari segi keselamatan Golf Alltrack dilengkapi Travel Assist, Emergency Assist, Side Assist dan Lane Change Assist sebagai ciri standard.

Secara ringkasnya, Golf Alltrack dibangunkan untuk dikemudi di atas permukaan mencabar seperti salji dan pelbagai bentuk muka bumi.

Harga

 

Volkswagen Golf Estate Alltrack

 

Bagaimana pula dengan harga? Memandangkan Golf dibangunkan untuk pelbagai lapisan pelanggan maka harganya juga begitu.

Sebagai contoh varian permulaan Life 1.0 TSI 110 PS enam kelajuan manual dijual pada harga £24,575 (RM133,075)

Varian pertengahan Style 1.5 eTSI 130 PS DSG pada harga £28,655 (RM155,169) manakala varian bergaya R-Line 1.5 TSI 150 PS manual berharga £28,075 (RM152,028).

VW Golf Alltrack yang merupakan varian paling premium dan berkuasa pula dijual pada harga £35,560 (RM192,560).

 

Volksgawen Golf GTI 2021
Volksgawen Golf GTI 2021

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin