VW Golf baharu terima enjin kecil, 1.0 TSI tiga silinder sahaja

oleh Muhammad Md Tajudin|
VW Golf Life 1.0 TSI
VW Golf Life 1.0 TSI
Volkswagen Golf generasi kelapan (Mk8) pertama kali dipertontonkan pada 24 Oktober 2019. Dari luaran, Golf Mk8 tidak jauh beza dengan generasi sebelumnya.

Bukan setakat satu generasi tetapi dari awal dikeluarkan lagi.

Lagi pula, kekuatan Golf pada penjenamaan dan reka bentuk tidak lapuk (timeless) berbanding perubahan revolusi.

Kekuatan Golf Mk8 ialah pada teknologi digital yang canggih dan pelbagai varian menarik dari yang asas, sporti dan mesra alam sekitar.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024
VW Golf GTI Mk 1 dan Mk 7
VW Golf GTI Mk 1 dan Mk 7

 

Terbaru VW menawarkan Golf Mk8 dengan enjin kecil 1.0 liter turbo tiga silinder dengan transmisi enam kelajuan manual.

Enjin itu menyertai beberapa lagi tawaran seperti 1.5 liter, 2.0 liter diesel dan 1.5 eTSI mild hybrid di United Kingdom.

Saiz 1.0 liter tidak bermakna enjin ini lemah apatah lagi dengan kuasa turbo. 

Golf Life 1.0 TSI berupaya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 10.2 saat dengan kelajuan maksimum 202 km/j.

 

VW Golf Life 1.0 TSI (1)

 

Daya pecutan tersebut berpadanan dengan sesarannya. Penggunaannya minyak pula dari 21 km/l - 22.6 km/l (49.6-53.3 mpg) mengikut gabungan kitaran WLTP.

Kadar penggunaan minyak tersebut mampu membuatkan Golf ini satu pembelian menarik.

 

Berikut ialah di antara kelengkapan pada VW Golf Life 1.0 TSI 110 PS:

  • Roda aloi Norfolk 16 inci
  • Lampu utama LED automatik
  • Pengelap cermin dengan pengesan hujan
  • Penghidup tanpa kunci
  • Innovision Cockpit (Digital Cockpit Pro dengan skrin sepuluh inci, skrin sesentuh sepuluh inci Discover Navigation)
  • Kawalan Jelajah Adaptif
  • Sistem Peringatan Pemandu
  • Dynamic Road Sign Display
  • Bantuan Laluan 
  • Bantuan Hadapan dengan perlindungan pejalan kaki

 

VW Golf GTI
Volksgawen Golf GTI 

 

Pada masa akan datang VW akan memperkenalkan satu lagi pilihan baharu dengan rangkaian kuasa mild-hybrid dan transmisi DSG.

Golf dengan enjin kecil ini sebenarnya bagi memenuhi kepelbagaian jenis pelanggan di Eropah.

Ada yang mahukan versi asas dan semestinya ada yang meminati varian berprestasi iaitu Golf GTI.

Untuk generasi kelapan, dari segi kelengkapan luaran VW tidak membezakan dengan ketara di antara Golf GTI, Golf GTE (hibrid) dan Golf GTD (Diesel). 

Berkenaan harga, VW Golf Life 1.0 TSI 110PS ditawarkan pada £23,300 (RM124,435).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Volkswagen Golf GTE
Volkswagen Golf GTE
Volkswagen Golf GTD
Volkswagen Golf GTD