VW e-up! ini hanya RM105k di UK, mampu milik untuk sebuah EV

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sekali lagi penulis ingin bawakan isu tentang agenda kereta elektrik di dunia. Meskipun banyak kerajaan mahukan kereta mesra alam dan kereta elektrik digunakan di negara masing-masing, perancangan, pelan tindakan dan sasaran harus jelas.

Adalah suatu yang kurang baik apabila ia setakat dilaungkan sahaja tanpa perincian yang jelas. Satu perkara yang harus diberi perhatian ialah harga kereta elektrik supaya boleh dimiliki rakyat terbanyak.

Sebagai contoh harga Nissan LEAF yang ditawarkan di negara kita berada diluar kemampuan ramai pengguna. Dalam hal ini, negara maju seperti United Kingdom mempunyai kelebihan kerana taraf hidup dan nilai tukaran wang yang tinggi.

Contohnya Volkswagen e-up! yang baru dikemaskini untuk tahun 2020 ini dipasarkan pada £19,695 atau RM105,557 sahaja di UK. Lingkungan harga di bawah £20,000 di UK boleh dikatakan berada pada paras mampu milik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Volkswagen e-up!

 

e-up! bukan sebuah model baharu, ia dilancar pada 2013 dan mula dijual di UK pada 2014. Model awal boleh dipandu sejauh sehingga 133.5 km. Jarak itu ternyata sedikit dan model 2020 boleh dipandu lebih jauh sehingga 255.8 km.

Jarak lebih jauh itu disumbangkan oleh pek bateri lithium-ion baharu yang mempunyai kapasiti bersih 32.3 kWh berbanding 18.7 kWh pada model terdahulu.

Selain pek bateri, kelengkapan e-up! sama canggih seperti varian lain iaitu up! Beats, up! R-Line dan up! GTI yang mempunyai teknologi bantuan pemandu, keselamatan, teknologi berhubung (connectivity), kamera pelbagai fungsi dengan Bantuan Laluan dan beg udara sisi (curtain).

Juga standard untuk varian teratas e-up! ialah kawalan jelajah, pemanas pada kerusi depan dan cermin utama, kawalan suhu (climate), penggilap cermin dengan pengesan hujan dan cermin sisi dengan pemanas elektrik. 

Dari segi penampilan, e-up! dibezakan dengan roda Tezzle 15 inci, bampar eksklusif, lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk C serta garisan biru pada gril depan dan but belakang.

e-up! adalah model elektrik pertama VW dan jenama itu turut mempunyai e-Golf di pasaran. Selepas ini VW akan melancarkan ID.3, sebuah hatchback elektrik yang dibina baharu sepenuhnya daripada platform MEB.

Menjadikan negara maju seperti UK sebagai rujukan diharapkan pengguna di negara kita dapat menikmati perkara yang sama. Infrastruktur pengecasan yang banyak, harga mampu milik serta mampu 'pakai'.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…