VW dedah teaser kedua trak pikap Amarok

oleh Mohamad Hanif|
Teaser pertama trak pikap Amarok telah pun didedahkan secara rasmi kira-kira setahun yang lalu, dan kini Volkswagen mendedahkan gambar teaser kedua bagi trak pikap yang akan dilancarkan pada tahun 2022 itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berbanding dengan gambar teaser pertama, beberapa perubahan dikesan seperti seksyen tengah bampar hadapan dan gril dengan rekaan yang lebih kemas, perumah lampu kabus yang lebih kecil, dan rekaan lampu utama dengan grafik yang lebih moden.

 

teaser pertama VW Amarok


Selain daripada itu, bahagian sisi menampilkan pemegang pintu fizikal, cermin sisi dengan lampu membelok terbina, bar LED dan rel pada bahagian bumbung, dan penggunaan tayar A/T yang lebih realistik untuk kegunaan dalam dunia nyata.

Volkswagen Amarok akan dibangunkan menggunakan platform T7 yang sama digunakan pada Ford Ranger generasi baharu, namun ia bakal menampilkan rekaan yang lebih berbeza berbanding 'kembarnya'.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut syarikat BYD juga, BYD Shark akan dijual secara global. Pada Ogos 2023, BYD mengumumkan…
Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…