VW catat lebih 20 ribu tempahan ID. Buzz di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Lebih daripada 20,000 unit tempahan telah dicatatkan untuk model minivan elektrik Volkswagen ID. Buzz, biarpun ia sebenarnya masih lagi belum tiba di pusat pameran VW di Eropah.

Menurut ahli lembaga penjualan dan pemasaran VW Commercial Vehicles, Lars Krause berkata, "Sebelum sempat ia dilancarkan di pusat pengedar, kami mampu menjual lebih daripada 20,000 unit ID. Buzz. Apabila model ini tiba di pusat pameran, kami menjangkakan lonjakan permintaan yang lebih tinggi.
 

Cargho


Produksi van elektrik ID. Buzz ini telah bermula di Hanover, Jerman pada bulan Jun lalu dengan sasaran pengeluaran sebanyak 15,000 unit menjelang akhir tahun ini, dan mampu mencecah sehingga 130,000 unit setiap tahun.

Untuk pasaran Eropah, ID. Buzz hanya ditawarkan dalam satu varian sahaja buat masa ini, dengan jarak gerak sejauh 423 km (data WLTP), pek bateri 82 kWh dan motor elektrik 201 hp/310 Nm yang memacu roda belakang.
 

ID. buzz


VW ID. Buzz versi jarak roda pendek (SWB) ini boleh didapati dalam versi van penumpang, atau versi van panel Cargo yang dikhususkan untuk membawa muatan barangan.

VW ID. Buzz mampu menyokong pengecasan AC 11 kW, atau pengecasan pantas DC 170 kW yang membolehkan bateri dicas 5-80 peratus dalam tempoh 30 minit sahaja.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Dari segi spesifikasi, ia masih kekal dikuasakan oleh sistem hibrid ringkas yang menggabungkan…
Berita Domestik
"Sejak pelancarannya pada tahun 2020, Proton X50 telah menjadi SUV terlaris di Malaysia, dengan…
Model Terbaharu
smart #3 telah mendapat penghargaan antarabangsa dengan memenangi kedua-dua Anugerah Reka Bentuk iF…