VW, BMW dan Nissan - akan mula revolusi kereta elektrik Afrika Selatan

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat kenderaan Volkswagen Group, BMW dan Nissan adalah antara syarikat kenderaan yang bakal memulakan revolusi kenderaan elektrik (EV) untuk Afrika Selatan.

Industri automotif negara Afrika itu akan mengusulkan kertas cadangan mereka kepada pihak kerajaan pada hujung tahun ini dan antara objektif yang bakal disenaraikan ialah penurunan cukai import untuk EV sehingga 23 peratus.

Selain dari itu, ia juga mencadangkan kerajaan Afrika Selatan untuk memulakan pembinaan pusat pengecaj EV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Afrika Selatan sudah lama menjadi hab automotif global dan tahun lalu sahaja, ia mengeksport hampir 210,000 unit kenderaan ke Eropah.

Tahun lalu, jualan kenderaan tahunan (TIV) untuk Afrika Selatan ialah sebanyak 552,190 unit.

Namun begitu, Afrika Selatan mengeksport sebanyak 351,154 ribu unit kenderaan untuk tahun 2018. Negara itu memasang sebanyak 610,854 unit kenderaan untuk tahun yang sama.

Malaysia mempunyai jumlah jualan tahunan 2018 yang tinggi sedikit dari Afrika Selatan, iaitu sebanyak 598,714 unit.

Namun begitu, jumlah eksport kenderaan Malaysia sangat rendah, dipercayai di bawah 35,000 unit untuk tahun 2018. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Setelah kemunculan model Ineos Grenadier dalam bentuk badan wagon SUV dan trak pikap, Ineos…
Berita Domestik
Sehingga kini, Proton telah berjaya menghantar 1,000 unit kereta untuk memenuhi permintaan yang…
Berita Global
Ini bermakna, Proton akan kembali ke pasaran tersebut selepas kali terakhir mereka menjual…