VW beri petunjuk kelahiran semula kereta klasik berkuasa elektrik

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa bulan yang lalu, pengeluar dari Jerman itu telah memohon pendaftaran untuk beberapa nama baharu seperti e-Samba, e-Golf Classic, e-Samba, e-Kübel dan e-Karmann.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jika merujuk kepada sejarah nama asal model yang dimaksudkan, ia merujuk kepada nama-nama model klasik Volkswagen yang telah pun dihentikan pengeluarannya.
 

Kubelwagen - kenderaan kegunaan tentera


Kehadiran abjad 'e' pada awal nama tersebut memberikan petanda kelahiran semula model-model yang dimaksudkan dengan trenkuasa elektrik.

Menurut Autocar, walaupun berita kelahiran semula model klasik tersebut masih lagi belum disahkan, berkemungkinan besar Volkswagen akan bekerjasama dengan pihak ketiga, seperti contoh eClassics yang merupakan pakar dalam menukarkan model-model lama menjadi EV moden.

 

e-Bulli - VW Type 2 1966 berkuasa elektrik sepenuh masa


eClassics sebelum ini pernah hadir dengan Beetle EV yang dikenali sebagai e-Käfer, menggunakan trenkuasa dari e-Up! dengan 81 kuasa kuda dan pek bateri 36.8 kWh yang memberikan jarak operasi sejauh 200 km.

Sebuah lagi model EV adalah e-Bulli yang dibangunkan berdasarkan mikrobas VW Type 2 tahun 1966.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Perjanjian itu datang selepas setengah tahun penstrukturan semula bernilai $4.2 bilion yang telah…
Berita Global
Keputusan itu telah mewakili dunia sebenar EV dalam kecekapan penggunaan dan dijangka membantu…