VW Beetle unik ini dihiasi dua juta manik!

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Beetle yang anda lihat di dalam artikel kali ini cukup unik, bukan kerana hasil cat seperti kebiasaan, akan tetapi ia dihiasi dengan jutaan butiran manik bermula dari hujung bampar hadapan sehingga bampar belakang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia digelar sebagai 'Vochol', gandingan dua nama iaitu 'vocho' yang merupakan terma umum kepada model tersebut di Mexico, serta 'Huichol' yang merupakan satu organisasi yang banyak menampilkan hiasan tradisi klasik Colombia sejak zaman berzaman.

 


Bukan sahaja aspek luaran, malah organisasi tersebut turut menekankan aspek hiasan dalaman di mana secara keseluruhannya sebanyak 2,277,000 butiran manik telah digunakan.

Segala kerja dilakukan dengan menggunakan tenaga lapan orang artis dari dua keluarga Huichol selama lapan bulan dengan jumlah masa yang dihabiskan adalah sebanyak 9,000 jam untuk menampilkan beberapa perkara simbolik pada kenderaan ini seperti:

  • dua ular di dalam awan yang menggambarkan hujan
  • hiasan rusa, kala jengking, burung dan bunga peyote di bahagian sisi
  • bomoh mengendalikan perahu dan matahari besar di bumbung menandakan kesatuan manusia dan Tuhan
  • empat ekor helang berkepala dua sebagai lambang perlindungan kepada penumpang
  • frasa '100 years since the Mexican Revolution' dan '200 years of Independence'

 


VW Beetle unik ini turut dipamerkan di muzium Guadalajara, Mexico sebelum dibawa ke serata dunia dan dipamerkan di muzium Amerika Selatan, US, Eropah, Asia dan Timur Tengah.

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk mereka yang mempunyai cita rasa klasik, boleh cuba dapatkan VW Beetle "Holzhaus" yang kini…