VW Beetle + trenkuasa e-Up! = Kumbang mesra alam!

oleh Mohamad Hanif|
Inginkan Volkswagen Beetle klasik anda kembali melata atas jalan raya, namun dengan trenkuasa yang lebih mesra alam?

Contoh yang dibawakan kali ini merupakan hasil kerjasama antara Volkswagen Group Components dan eClassic yang mengubah model klasik Beetle kepada sebuah kereta yang lebih hijau tanpa sebarang emisi. 
 


eClassics telah menghukum buang daerah enjin Beetle asal dan menggunakan trenkuasa dan pek bateri yang diperoleh daripada adik VW e-Up! termasuklah transmisi kelajuan tunggal.

Dari segi penawaran kuasa, motor elektrik ini mampu memberikan 81 kuasa kuda kepada Beetle klasik ini dan pek bateri 36.8 kWh menawarkan jarak operasi sejauh 200 kilometer untuk sekali cas penuh. 
 


Beetle elektrik ini juga menyokong sistem pengecasan pantas di mana anda boleh menghabiskan masa kira-kira satu jam untuk mendapatkan jarak ekstra sejauh 150 km lagi. 

Casis klasik Beetle ini telah diperkukuh terlebih dahulu sebelum trenkuasa elektrik dimuatkan secara retrofit, dan ini menyebabkan Beetle elektrik ini mempunyai berat 1,280 kg. 
 


Namun, Beetle ini masih mampu memecut kurang dari empat saat dari 0-50 km/j dan lapan saat apabila mencapai kelajuan 80 km/j sebelum mencecah kelajuan tertinggi 150 km/j, 5 km/j di belakang kelajuan tertinggi Nissan Leaf.

Menurut Thomas Schmall dari VW Group Components, mereka kini menawarkan program penukaran trenkuasa yang professional, dan tidak dilupakan komponen alat ganti tulen yang berkualiti tinggi untuk para pemilik Beetle klasik. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Recall terkini yang melibatkan inflator Takata itu berisiko untuk rosak akibat tahap kelembapan dan…
Berita Global
Pihak Milivié Design baru-baru ini mengumumkan penawaran model klasik Volkswagen Beetle yang telah…
Berita Global
Menerusi kerjasama antara JP Performance dan Prior Design, mereka bakal membangunkan kit badan…