VW bakal hentikan penawaran sosej currywurst

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu produk Volkswagen yang paling banyak diproduksikan - jauh melebihi produksi kenderaan - bakal dihentikan penawarannya kelak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Wolfsburger Nachrichten, sosej currywurst yang terkenal di kilang Wolfsburg itu akan digantikan dengan penawaran berasasakan sayuran bermula 20 Ogos ini, sebagai sebahagian daripada sasaran untuk mengurangkan makanan berasaskan haiwan di fasiliti itu menjelang 2025.

Terdapat beberapa kafeteria di fasiliti VW yang menawarkan sosej currywurst, namun keputusan untuk menghentikan penawaran sosej itu hanya terpakai di salah satu daripada kantin di HQ sahaja, di mana ia akan digantikan dengan daging burger berasaskan terung atau nangka.

Menurut satu hantaran di LinkedIn, CEO VW Herbert Diess menjelaskan langkah ini bertujuan untuk menjadikan para pekerja Volkswagen lebih sihat dengan melebihkan penawaran sayur, bahan-bahan yang lebih berkhasiat serta mengurangkan penawaran makanan berasaskan daging.

Baca: #2Kerja yang dilakukan oleh pengeluar automotif dunia

Sosej currywurst mula diproduksikan di fasiliti Wolfsburg pada tahun 1973, dengan kadar penghasilan mencecah 18,000 sosej setiap hari.

Ia sekaligus menjadikan sosej currywurst ini sebagai salah satu produk yang paling banyak dihasilkan oleh Volkswagen, malah produk ini juga turut mempunyai nombor siri yang tersendiri, sama seperti komponen kenderaan lain!

Sumber: Wolfsburger Nachrichten

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu pengeluar yang kami paparkan di dalam artikel tersebut adalah Volkswagen, dan seperti…