VW Arteon R-Line 4MOTION kini dibuka untuk tempahan, anggaran dari RM245 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini membuka tempahan bagi model sedan terbaharu mereka, iaitu Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION 2021 yang dipasang secara CKD di Pekan, Pahang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia dijangka membawakan harga jualan anggaran bermula dari RM245,000 hingga RM255,000.

VW Arteon merupakan model pertama yang menggunakan logo VW dan R-Line baharu, dan ia dikemaskan dengan penampilan pakej R-Line yang lebih sporti, serta kehadiran ciri lampu utama LED penuh dan lampu belakang LED tiga dimensi.

 


Dari segi kuasa, VW Arteon R-Line membawakan enjin 2.0 liter TSI yang menghasilkan 280 PS dan 350 Nm, dipadankan dengan transmisi DSG klac basah tujuh nisbah kelajuan serta sistem pacuan semua roda 4MOTION.

Pecutan 0-100 km/j boleh dicapai dalam tempoh 5.6 saat sahaja.

Ruang kabin pula mendapat beberapa perubahan seperti roda stereng baharu dengan kawalan sentuhan haptik, tempat duduk sports balutan kulit Nappa Carbon yang dikemaskan dengan logo R baharu.

 


Untuk pemandu, terdapat skrin Digital Cockpit beresolusi tinggi sementara sistem infotainmen Discover Pro pula adalah bersaiz 9.2 inci yang didatangkan dengan ciri kawalan gerakan dan suara, serta menyokong sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.

Ciri keselamatan pula terdiri daripada Lane Assist, Side Assist serta Driver Alert.

 


Terdapat lima warna pilihan iaitu Lapiz Blue, Manganese Grey, Pyrite Silver, Deep Black dan Oryx White.

Tempahan boleh dibuat menerusi laman web eShowroom di alamat https://eshowroom.volkswagen.com.my/ atau rujuk laman web rasmi VPCM di alamat https://www.volkswagen.com.my/the-new-arteon-r-line-4motion

Baca: Volkswagen Arteon 2021 (FACELIFT)

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Arteon R-Line 4MOTION untuk pasaran Malaysia kini ditawarkan dengan ciri IQ.DRIVE yang merangkumi…