VW Amarok bawakan pendekatan berbeza dari Ranger, versi 'R' turut dipertimbangkan!

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, Volkswagen bakal menggunakan platform daripada Ranger generasi baharu bagi membangunkan trak pikap mereka, VW Amarok.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika bukan kerana kerjasama antara VW-Ford, trak pikap Amarok tersebut mungkin akan ditamatkan hayatnya lebih awal, dan ini diakui sendiri oleh Volkswagen Commercial Vehicles.

Menurut Andrew Birkic selaku presiden Ford Australia memberitahu Car Sales berkata, Ford Ranger generasi baharu dibangunkan sepenuhnya di Australia dan bakal menjadi model global sejati yang dijual lebih daripada 180 buah negara.

"Kami mempunyai kelebihan yang tersendiri berbanding Volkswagen, jadi apa yang kami harus lakukan adalah melakukan penambahbaikan serta menaikkan tanda aras terhadap segmen trak pikap.

 

gambaran artis semata-mata


Birkic turut menyebut Volkswagen bakal mengambil  pendekatan serta dinamik yang berbeza untuk model Amarok, namun mengakui tidak tahu apa yang dirancangkan oleh pengeluar Jerman itu bagi memastikan Amarok mempunyai karakter yang berbeza berbanding Ranger.

Namun, kedua-dua model tersebut bakal dipasang di kilang Silverton di Afrika Selatan bermula tahun 2022.

Ford Ranger generasi baharu bakal diperlihatkan secara rasmi pada tahun hadapan, sementara varian Ranger Raptor pula akan menerima nadi yang lebih berkuasa, iaitu enjin V6 EcoBoost 2.7 liter untuk pasaran US, manakala pasaran lain menerima unit enjin diesel 2.0 dan 3.0 liter yang ditambah baik.

Sementara itu, Auto Bild turut melaporkan VW juga sedang mempersiapkan diri untuk membangunkan Amarok yang lebih berkuasa, dan bakal memakai lencana 'R'.

 

gambaran artis semata-mata


Menurut spekulasi majalah Jerman tersebut, Amarok R akan hadir dengan nadi diesel empat silinder sebaris 2.0 liter yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 300 hp dengan pelancaran dijadualkan seawal tahun 2023.

Sumber: Car Sales, Auto Bild

Berita Berkenaan

Berita Global
  Untuk pasaran Asia Tenggara di mana Thailand merupakan hab pengeluaran global pikap saiz…
Berita Global
Serentak dengan itu, Ford turut memuat naik sebuah video ringkas yang memaparkan proses mereka…
Berita Global
Menerusi kerjasama dengan firma kejuruteraan tempatan Walkinshaw, trak pikap Amarok W580X ini…