VPCM umum penstrukturan semula harga perkhidmatan servis kenderaan

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ni mengumumkan penstrukturan semula harga perkhidmatan servis berjadual kenderaan Volkswagen selari dengan perlaksanaan kadar sifar peratus GST bermula 1 Jun 2018.

Senarai harga perkhidmatan servis tersebut boleh dirujuk menerusi laman rasmi VPCM bagi memudahkan para pemilik untuk merujuk dan memahami kos penyenggaraan kenderaan mereka. 
 


Menurut Erik Winter, Pengarah Urusan VPCM menggalakkan pemilik menghantar kenderaan mereka untuk diservis di pusat bertauliah Volkswagen sempena penstrukturan semula harga kadar sifar peratus GST tersebut. 

Tambah beliau, dengan menyenaraikan cadangan harga perkhidmatan servis kenderaan tersebut, ia menunjukkan komitmen VPCM yang lebih telus terhadap para pelanggan mereka, khususnya menambah baik pengalaman pemilikan kenderaan Volkswagen. 

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif VPCM yang telah memperkenalkan program tiga tahun servis penyenggaraan percuma pada awal tahun yang lalu, tambahan kepada jaminan lima tahun oleh pengeluar dan juga bantuan tepi jalan lima tahun kepada semua model Volkswagen.

Sebarang maklumat lanjut sila layari laman web rasmi VPCM di  https://www.volkswagen.com.my/my-vw/service-maintenance-schedule

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, kesemua 11 unit kereta hatchback tersebut habis ditempah…
Berita Domestik
Peluang untuk mencuba kenderaan di litar tersebut juga bukan sesuatu yang baharu. Malah, Perodua…
Informasi
  Model sedan empat-pintu ini menggabungkan reka bentuk avant garde dengan pengendalian dinamik…