VPCM raikan petugas baris hadapan dengan tambahan manfaat kempen 'Welcome Back'

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Passengers Cars Malaysia (VPCM) telah mengemaskini penawaran kempen selepas jualan "Welcome Back" di mana ia kini turut menawarkan manfaat tambahan khususnya buat para pemilik Volkswagen yang menjadi petugas baris hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penambahan terbaharu ini turut merangkumi keutamaan tempahan, proses sanitasi kenderaan secara percuma serta diskaun 10 peratus ke atas jumlah keseluruhan bil yang perlu dibayar.

Langkah terbaharu ini bertujuan untuk meringankan beban para petugas hadapan yang terpaksa berkorban ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekaligus menawarkan ketenangan minda kepada ahli keluarga mereka.

Bagi para pemilik VW yang juga bertugas sebagai petugas baris hadapan, diminta untuk menyatakan kawasan pekerjaan semasa pendaftaran dalam talian, dan tunggu panggilan pengesahan daripada wakil Volkswagen.

Setelah permohonan diluluskan, manfaat tambahan tersebut akan terus dikreditkan kepada aplikasi e-dompet Volkswagen Cares App untuk digunakan.

Manakala temujanji pula perlu dibuat dalam masa 30 hari selepas tempoh PKP ditamatkan.

Bagi para pemilik termasuklah yang bukan bekerja sebagai petugas baris hadapan, kempen 'Welcome Back' menawarkan hadiah dan baucer tambahan bernilai RM50 (khusus untuk pemilik yang tidak menebus servis penyelenggaraan percuma dan bukan ahli Volkswagen Cars Plus (VCP).

Untuk pendaftaran, sila layari pautan di bawah:

Volkswagen Welcome Back

Volkswagen Cares App

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…