VPCM mengemas kini harga jualan sempena kadar terbaru sifar peratus GST

oleh Mohamad Hanif|
Sejajar dengan kadar terbaharu sifar peratus GST yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengemaskini harga jualan kenderaan Volkswagen berkuatkuasa 1 Jun 2018.
Kawasaki Legend Reborn

Walaubagaimanapun, harga terbaharu itu masih tertakluk kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan. 
 

Berikut merupakan senarai harga jualan bagi kesemua model Volkswagen. 

 

 

Model Varian Harga semasa + 6% GST Harga semasa tanpa GST
Polo   RM 76,888 RM 72,488
Vento Comfortline RM 86,888 RM 81,888
Highline RM 93,888 RM 88,488
Jetta Highline RM 128,990 RM 121,488
Passat Comfortine RM 179,990 RM 169,488
Comfortline Plus RM 184,980 RM 174,478
Highline RM 198,990 RM 187,488
Tiguan Comfortline RM 148,990 RM 139,888
Highline RM 168,990 RM 158,888
Beetle Sport RM 147,888 RM 139,488
Golf Sportline RM 155,990 RM 146,888
R-Line RM 166,990 RM 157,488
GTI RM 239,990 RM 225,888
R RM 295,990 RM 278,888

 

Menurut Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, "(Pertukaran) ini merupakan masa yang terbaik untuk membeli kereta Volkswagen di samping menikmati promosi terkini daripada kami."

VPCM kini sedang menjalankan promosi "Serlahkan Gaya Anda" di mana pelanggan boleh menikmati kadar faedah terendah iaitu 0.88% setahun dan rebat tunai sehingga RM15,000 untuk pembelian model Volkswagen. 

Pelanggan juga berjaya mendaftarkan kenderaan mereka sebelum 30 Jun 2018 juga bakal menerima baucer kad petrol bernilai sehingga RM1,188.

Setiap pembelian model Volkswagen kini didatangkan dengan lima tahun jaminan pengeluar, lima tahun bantuan tepi jalan serta tiga tahun servis percuma. 
 


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Volkswagen di alamat www.volkswagen.com.my

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Selama tiga hari berturut-turut, para pengunjung berpeluang untuk memandu uji pelbagai model…
Berita Domestik
  Di samping itu, Skim Perlindungan Harga VPCM (PPS) masih boleh digunakan untuk semua model yang…
Berita Domestik
    Dengan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September 2018, perbezaan harga…