VPCM lancar Tiguan Allspace Life - varian asas, harga dari RM172,900

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia baru-baru ini memperkenalkan sebuah varian asas ke dalam keluarga SUV Tiguan tujuh tempat duduk, iaitu Tiguan Allspace Life yang turut dipasang di kilang Pekan, Pahang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Biarpun bersifat sebagai sebuah varian asas, Tiguan Allspace Life masih lagi padat dengan ciri-ciri yang menjadikannya sebuah SUV moden, selain menawarkan ruang kargo sehingga 1,775 liter mendahului kelasnya.
 

Tiguan Life


Dari segi luaran, Tiguan Allspace Life membawakan rekaan tajam dan dinamik yang sama seperti varian lain, seperti lampu utama LED, kemasan Allspace, perumah cermin sisi berwarna perak, serta rim aloi Frankfurt bersaiz 18 inci.

Ruang kabin pula menempatkan fungsi yang mewah seperti sistem infotainmen Discover Pro 9.2 inci, sokongan sambungan aplikasi tanpa wayar, sistem navigasi, kawalan suara, kawalan iklim Climatronic tiga zon dan roda stereng sport balutan kulit.
 

Tiguan


Tiguan Allspace Lift dijana dengan enjin 1.4 TSI yang mampu menghasilkan 150 PS dan daya kilas 250 Nm, dipadankan dengan transmisi DSG enam kelajuan.

Bacaan penggunaan bahan api pula adalah sekitar 7.7 liter untuk setiap 100 km.

Harga jualan untuk Tiguan Allspace Life bermula dari RM172,900.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…
Berita Domestik
Ditawarkan sehingga 31 Oktober 2023, berikut merupakan senarai harga model dan penjimatan yang…