VPCM lancar pusat pameran bertaraf 3S di Inanam, Sabah

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bermula sebagai sebuah pusat pameran bertaraf 2S pada mulanya, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan Kota Bumi Sdn Bhd hari ini melancarkan pusat 3S Volkswagen Kota Bumi. 

Pusat 3S itu terletak di Inanam, salah sebuah hub automotif di kawasan tersebut. 

Bermatlamat untuk memberi khidmat kepada pemilik kenderaan Volkswagen di Inanam, Menggatal, Lintas, Kolombong, Kota Kinabalu, Tuaran dan Sepanggar, ia merupakan satu-satunya pengedar sah Volkswagen di Sabah. Sekali gus menjadikan pusat 3S Volkswagen menjadi 18 buah di seluruh negara.
 


Volkswagen Kota Bumi merupakan pusat sehenti buat para pemilik kenderaan Volkswagen di Sabah kerana ia menyediakan khidmat jualan dan selepas jualan, termasuklah diagnosis, pembaikan dan penyelenggaraan.  

Terdiri daripada tiga tingkat, bilik pamerannya mampu mempamerkan dua unit kereta.

Manakala kawasan selepas jualan mempunyai empat ruang servis yang dikendalikan oleh tiga orang kakitangan selepas jualan berpengalaman serta boleh menyelenggara sehingga 16 buah kereta sehari. 
 


Perkhidmatan lain yang ditawarkan termasuklah insurans, tukar beli kenderaan, memperbaharui cukai jalan, pembaikan enjin dan bantuan tepi jalan 24 jam.

Bagi memberi perkhidmatan tambahan, pusat servis itu juga menyediakan servis ambil dan hantar (bergantung kepada permintaan) serta membasuh kereta secara percuma.  

Ketua Pengedar Kota Bumi Sdn. Bhd., Carlwin Yee menyatakan bahawa mereka komited untuk memastikan pengalaman pemilikan yang positif dalam kalangan pelanggan Volkswagen di Sabah. 
 


Pusat 3S Volkswagen Kota Bumi beroperasi dari Isnin hingga Sabtu dari jam 8:30am hingga 5:30pm. Ia ditutup pada Ahad. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pusat 3S yang dikendalikan oleh Auto Raya Timur itu menampilkan imej korporat baharu jenama…
Berita Domestik
Pusat Pameran 3S Volvo tersebut merupakan bangunan baharu empat tingkat dan direka supaya memenuhi…
Berita Domestik
Dioperasikan oleh rakan jualannya, iRoll Ipoh Sdn Bhd, pusat pameran 3S ini mempunyai lokasi yang…