VPCM lancar pembukaan pusat 4S Volkswagen Setia Alam

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru-baru ini melancarkan pusat 4S serba baharu terletak di Setia Alam yang dikendalikan oleh Goh Brothers Motor.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024


Ini merupakan cawangan pengedar ketiga yang dikendalikan oleh Goh Brothers Motor selepas cawangan pertama dan kedua di Juru dan juga Ipoh, selain merupakan pengedar VW yang ke-18 di Malaysia.

Volkswagen Setia Alam memiliki keluasan 60,000 kaki persegi dengan bangunan empat tingkat yang menampilkan identiti korporat, kemasan dan peralatan terkini yang mematuhi standard yang ditetapkan oleh Volkswagen.

Pusat 4S ini menempatkan bilik pameran seluas 2,970 kaki persegi yang mampu memuatkan lapan buah kereta dan ruang rehat pengunjung, sementara pusat servis dua tingkat seluas 10,200 kaki persegi pula mampu menampung sehingga 30 unit kenderaan Volkswagen setiap hari.

VPCM turut menjemput para pemilik Volkswagen untuk berkunjung dan membawa kereta masing-masing yang belum diselenggara dalam tempoh enam bulan untuk mendapatkan pemeriksaan diagnostik 20 poin secara percuma sepanjang bulan Oktober ini.

Dengan adanya Volkswagen Setia Alam, ia mampu memberikan khidmat kepada komuniti di sekitar serta pemilik dari Shah Alam dan juga Klang.

Volkswagen Setia Alam beroperasi dari Isnin hingga Ahad bermula 8:30am - 5:30pm (jualan). Sementara servis selepas jualan pula adalah pada Isnin hingga Sabtu bermula 8.30am - 5:30pm.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Kawasaki Kuching tersebut merupakan pusat 4S di bawah pengurusan Ghee Hua Co Sdn Bhd yang bakal…
Berita Domestik
Pembukaan dua lagi pusat 4S baharu itu kini mengukuhkan lagi kedudukan GWM di Malaysia bagi…
Berita Domestik
Pusat 4S baharu itu bakal meningkatkan identiti jenama Mitsubishi Motors dengan mesej jenama…