VPCM lancar aplikasi mudah alih 'Volkswagen Cares'

oleh Mohamad Hanif|
Mengikuti perkembangan teknologi semasa yang semakin canggih, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan program kesetiaan pelanggan “Volkswagen Cares” sempena acara Volkswagen Fest 2018.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menerusi Volkswagen Cares ini, VPCM menggunakan pendekatan aplikasi mudah alih untuk menambah baik cara  berhubung dengan para pelanggannya dan juga pengalaman pemilikan mereka. 

Aplikasi mudah alih itu hadir bersama satu senarai ciri berkaitan dengan jualan dan selepas jualan. Ia merangkumi tawaran servis, ganjaran kepada pemilik, video pendidikan, tip kemas kini acara dan bantuan tepi jalan 24 jam - semuanya melalui satu sentuhan sahaja. 
 


Mereka yang tidak memiliki kenderaan Volkswagen juga dijemput untuk memuat turun aplikasi mudah alih tersebut bagi mengakses tawaran, kandungan video Volkswagen serta menerima kemas kini tentang acara anjuran Volkswagen melalui notifikasi. 

Aplikasi mudah alih Volkswagen Cares boleh digunakan pada peranti IOS dan Android. Jadi, ia boleh dimuat turun menerusi App Store dan Google Play.
 

Volkswagen Care Plus (VCP)


Salah satu elemen penting dalam Volkswagen Cares ialah Volkswagen Care Plus (VCP), satu program eksklusif untuk pelanggan yang memiliki kenderaan berusia lima tahun dan ke atas. 

Dengan sekali bayaran sebanyak RM138, kelebihan yang dapat dinikmati oleh ahli VCP termasuklah tiga baucar diskaun 20%, lanjutan Bantuan Tepi Jalan Volkswagen selama dua tahun serta baucar barangan bernilai RM100 yang boleh dilihat dan diuruskan menerusi aplikasi mudah alih. 

Pelanggan yang berminat boleh mendaftar di mana-mana pengedar sah Volkswagen dan membuat bayaran sebelum menerima kad keahlian masing-masing. 

Bagi meraikan pelancaran VCP, VPCM menawarkan keahlian percuma kepada 200 pelanggan pertama yang mendaftar. 
 


Pelancaran Volkswagen Cares dan VCP diadakan sempena acara Volkswagen Fest 2018 yang berlangsung mulai 12 hingga 14 Oktober, bertempat di Setia City Convention Centre, Setia Alam.

Meraikan apa jua tentang Volkswagen, para pengunjung boleh menikmati banyak tawaran eksklusif ke atas model-model Volkswagen yang baru dan terpakai. Di samping pelbagai aktiviti untuk keluarga seperti trak makanan, persembahan buskers, tayangan filem (12 Oktober) dan konsert terbuka (13 Oktober).

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Antara tawaran tersebut adalah rebat angpow RM1,000, penjimatan RM3,500 di eShowroom dan…
Berita Domestik
  Aplikasi Volkswagen Cares kini merupakan pusat sehenti yang menempatkan pelbagai sokongan jualan…
Berita Domestik
  Pembiayaan Fleksibel dengan Pelan Pembayaran 0% untuk Kos Selepas Jualan   Para pemilik…