VPCM buka pusat pameran di beberapa negeri dengan pematuhan SOP ketat

oleh Mohamad Hanif|
Selari dengan keputusan kerajaan membenarkan beberapa sektor ekonomi kembali beroperasi, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) membuka kembali beberapa pusat pameran di seluruh negar, kecuali di Melaka, Johor, Kedah, Pahang dan Kelantan.

Pihak VPCM juga turut memastikan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat seperti mana yang ditetapkan oleh kerajaan seperti imbasan suhu, pemeriksaan aplikasi MySejahtera, mewajibkan pemakaian pelitup muka, serta sanitasi bilik pameran dengan kerap.

Namun begitu, berdasarkan SOP terbaharu hanya pengunjung yang sudah lengkap vaksin sahaja akan dibenarkan masuk selepas 14 atau 28 hari (bergantung kepada vaksin yang diambil) daripada pengambilan dos vaksin lengkap.

Bersempena dengan pembukaan semula bilik pameran dan cuti kemerdekaan tidak lama lagi, para pengedar Volkswagen akan menganjurkan acara bilik pameran maya di saluran media sosial masing-masing bermula 27 hingga 31 Ogos yang menawarkan penjimatan RM4,500 untuk model Tigual Allspace Highline, atau sehingga RM7,500 untuk model Passat R-Line.

Harus diingat, para pengunjung adalah digalakkan untuk membuat temujanji terlebih dahulu dengan menghubungi pengedar Volkswagen yang terdekat.

Berita Berkenaan

Informasi
  Perdana Menteri berkata, jawatankuasa khas tersebut akan melibatkan wakil daripada parti…
Berita Domestik
Perjalanan merentas sempadan dan negeri masih tidak dibenarkan di bawah Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan…
Berita Domestik
Disebabkan situasi pandemik, penganjuran acara tahun keempat TGR Festival terpaksa ditangguhkan…