VPCM bawakan penggunaan logo VW baharu di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Setelah pengenalan rasmi logo baharu Volkswagen di peringkat global pada tahun lalu, Volkswagen Passenger Cars Malaysia akhirnya secara rasmi membawakan logo rekaan baharu tersebut untuk pasaran Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dibina berdasarkan semangat "Vibrant Power", logo baharu dua dimensi "Volkswagen Baharu" ini merupakan simbolik kepada visi serta era baharu buat jenama kenderaan yang berasal dari Jerman itu.

Pengenalan logo baharu ini akan melibatkan kesemua 171 pasaran di seluruh dunia, dan di Malaysia, lebih 21 buah pusat pengedar akan diberikan nafas baharu secara luaran dan dalaman selari dengan perubahan yang dibawakan.

 


Selain daripada itu, laman web rasmi Volkswagen Passenger Cars Malaysia juga turut menerima kemaskini yang menampilkan paparan navigasi pengguna yang lebih ringkas dan mudah untuk digunakan untuk pengguna desktop dan peranti mudah alih.

Ia juga turut membawakan informasi yang lebih komprehensif yang merangkumi senarai model yang dijual, tawaran semasa, tempahan pandu uji, informasi jaringan pengedar serta seksyen bilik berita.

Menurut Erik Winter, Pengarah Urusan VPCM berkata, "prinsip 'people first', 'new attitute' dan 'digital first' yang diperkenalkan ini bakal membentuk masa hadapan serta arah tuju jenama bagi mencipta satu pengalaman Volkswagen baharu buat para pelanggan kami.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Touareg terbaharu kini sudah memasuki generasi yang ketiga, dan merupakan SUV pertama keluaran…
Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…