VOYAH - jenama premium EV untuk DongFeng bagi pasaran antarabangsa

oleh HEZERI SAMSURI|
Keperluan syarikat-syarikat China untuk mengambil perunding profesional bila menghasilkan nama-nama produk nampaknya semakin perlu.

Dongfeng Motor contohnya telah mengumumkan satu jenama baharu untuk produk-produk kenderaan elektrik (EV) mereka bagi pasaran eksport.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jenama Voyah mempunyai sasaran untuk mengedarkan EV dan juga kenderaan tenaga baharu (NEV) di pasaran global. 

Tak goyah dengan cabaran itu, Voyah juga mempunyai objektif untuk menjadi salah satu dari jenama EV premium yang terulung.

Voyah sebenarnya telah pun mula menjual EV mereka di China bermula 9 Jun lalu. Voyah Free hadir dalam dua varian - model Range Extender dan EV sepenuhnya.

 

 

Voyah Auto Technology Ltd ditubuhkan secara rasmi sebagai sebuah syarikat berasingan pada 26 Jun lalu dan ia akan beroperasi secara sendiri, bukan lagi satu bahagian dari DongFeng Motor.

DongFeng lebih popular di Malaysia sebagai jenama kenderaan komersil. MIROS pernah melakukan ujian pelanggaran di fasiliti makmal mereka di Melaka dan model DFSK V25L itu mendapat penarafan bintang kosong (klik pautan ini untuk melihat laporan tersebut). 

Namun begitu, kenderaan komersil tidak perlu menepati piawaian wajib yang ketat dari Kementerian Pengangkutan dan kerana itu Miros telah membuktikan bahawa nyawa pemandu kenderaan komersil sama pentingnya dengan pemandu kenderaan-kenderaan lain.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dongfeng eπ 007 yang baru sahaja dilancarkan itu, mempunyai pintu jenis ‘scissor’ seperti…
Berita Global
Sebagai info, model yang dihasilkan oleh Renault itu turut diproduksikan dengan nama yang berbeza…
Berita Global
Dalam perkembangan terbaharu, media tempatan melaporkan Dongfeng mahu membangunkan model Warrior…