Volvo XC90 seakan walkie talkie bergerak, apa fungsinya semasa konvoi PM?

oleh Penyumbang Rencana|
Setelah hampir seminggu PRU diadakan, Malaysia akhirnya menerima Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10, sepanjang minggu ini pelbagai berita dan perkara menarik yang berlaku berkenaan pembentukan kerajaan baru Malaysia.

Antara yang menarik perhatian ialah kelibat sebuah Volvo XC90 yang dipenuhi antena pada bahagian bumbung. Terdapat banyak persoalan yang timbul apabila XC90 itu dilihat berada di hadapan konvoi Anwar dalam perjalanan untuk mengangkat sumpah.

 


Jika anda melihat siaran langsung konvoi Perdana Menteri dari rumah ke pejabat beliau di Putrajaya pada hari mengangkat sumpah, anda mungkin menyedari bahawa penstriman secara langsung mengalami gangguan selama beberapa saat apabila XC90 itu melintas. 

Melalui carian kami, XC90 ini mungkin berfungsi sama seperti Ford F-350 Super Duty digunakan untuk konvoi Presiden Amerika Syarikat dengan kod nama "Roadrunner", kedua-dua kenderaan dilihat mempunyai ciri-ciri yang sama dengan antena dan satelit yang berada di bahagian bumbung.

 

Roadrunner


Roadrunner menggunakan teknologi gred tentera yang berkuasa untuk menghubungkan Stagecoach dengan selamat antara Pentagon dan Rumah Putih.

Ianya bertindak sebagai kenderaan arahan dan kawalan mudah alih, menyediakan perkhidmatan telefon, radio, dan video yang disulitkan melalui rangkaian peribadi satelit pertahanan, serta menyediakan frekuensi radio, elektromagnet dan langkah balas haba.

Secara teorinya, serangan nuklear boleh diarahkan oleh Presiden dan diselaraskan menggunakan Roadrunner. Ia lebih daripada modem pada roda, dengan keupayaan untuk mengesan peluru masuk dan dron udara tanpa pemandu, hasil dari sistem radarnya yang sangat canggih.

 

Roadrunner diagram

 

Oleh itu, XC90 yang digunakan pada konvoi Perdana Menteri itu mungkin menjadi punca yang menjadi gangguan pada penstriman secara langsung. Ia mempunyai sistem untuk menghalang frekuensi radio yang digunakan supaya mengganggu rangkaian selular dan satelit yang digunakan oleh media.

Sumber: drive.com.au

Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Berita Global
Isu itu melibatkan satu skru tambahan yang dimasukkan secara tidak sengaja semasa kerja pemasangan…
Berita Global
Namun, untuk mereka yang mahukan lebih daripada itu, anda boleh mendapatkan khidmat naik taraf…
Pelancaran
Versi facelift yang dibawakan kali ini menampilkan perubahan kecil dari segi paras rupa, di mana ia…