Volvo XC90 mungkin model Volvo terakhir dengan enjin pembakaran dalaman

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa pasaran utama dunia sudah pun memulakan langkah untuk memperkasakan industri kenderaan elektrik (EV) dan mengenakan larangan terhadap penjualan kereta berenjin pembakaran dalaman (ICE).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sementara itu, walaupun pengeluar automotif Sweden Volvo telah pun berikrar untuk memastikan separuh daripada kereta mereka adalah elektrik sepenuh masa menjelang tahun 2025, namun bos mereka berpendapat sebaliknya.

CEO Volvo, Hakan Samuelsson menjelaskan bahawa perubahan yang bakal dibawakan mungkin lebih cepat berbanding apa yang mereka jangkakan, dan tidak mustahil model XC90 generasi baharu merupakan model terakhir mereka dengan enjin pembakaran dalaman.

Bercakap kepada Car and Driver, Samuelsson berkata, "selepas (model XC90), kita akan menyaksikan kehadiran lebih banyak model EV.

"Ia sebenarnya bergantung kepada seberapa cepat para pelanggan kami yang mahukan perubahan, dan kuantiti infrastruktur elektrik yang akan dibina.

"Mungkin saya boleh berkata sebegini: cita-cita kami adalah untuk menjadi sebuah pengeluar EV 100 peratus sebelum ia dilaksanakan secara mandatori oleh kerajaan.

 


Strategi yang dilakukan oleh Volvo ini berpaksi kepada idea bahawa pasaran kereta premium akan beralih kepada trenkuasa elektrik sepenuh masa dalam masa terdekat.

"Anda boleh membuat spekulasi berkenaan tempoh yang diambil oleh pengeluar kereta premium untuk menghasilkan EV, namun kami membuat keputusan jika mahu menjadi sebuah syarikat yang pantas berkembang, kami seharusnya menumpukan perhatian pada segmen EV premium.

"Ini adalah lebih bijak jika dibandingkan dengan cubaan untuk terus menguasai pasaran kereta konvensional yang kian mengecil," ujar beliau lagi.

Sebelum ini, Volvo dilaporkan untuk melancarkan beberapa buah model elektrik, termasuklah sebuah model EV yang akan diposisikan di bawah XC40 menggunakan platform Geely.

Sumber: Car and Driver

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…