Volvo XC90 facelift dan Volvo EX90 dibuka untuk tempahan - Harga dijangka dari RM450,000

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Volvo Car Malaysia hari ini telah membuka tempahan bagi dua model SUV tujuh tempat duduk terbaharunya iaitu Volvo XC90 facelift, dan Volvo EX90 yang merupakan model elektrik sepenuhnya.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Selepas Thailand, Malaysia akan menjadi negara kedua di Asia Pasifik untuk menerima kehadiran model flagship paling moden dan selamat yang pernah dihasilkan oleh Volvo.

 

2
Volvo EX90

 

Bagi yang menginginkan sebuah SUV elektrik sepenuhnya dengan ciri dan bilangan tempat duduk yang sama seperti XC90, Volvo EX90 merupakan jawapan untuk anda.

Volvo EX90 diperkenalkan buat kali pertama pada tahun 2022, di mana ianya telah menjadi model flagship paling moden dan selamat yang pernah dihasilkan oleh Volvo.

EX90 kini menjadi perintis dalam pelbagai aspek dalam barisan model Volvo, antaranya model pertama yang dilengkapi dengan teknologi lidar, model pertama yang dibina menggunakan Superset core computing tech stack Volvo Cars, serta model pertama yang dilengkapi kelengkapan pemanduan autonomi sepenuhnya.

Semua itu menyumbang kepada status Volvo EX90 sebagai sebuah SUV yang paling selamat di dalam pasaran.

 

3
Volvo XC90

 

Bagi mereka yang masih menggemarkan sebuah SUV berkuasa enjin pembakaran dalaman bersama trenkuasa PHEV, Volvo XC90 facelift merupakan pilihan terbaik dengan spesifikasi moden dan mewah yang ditawarkan.

Volvo XC90 facelift hadir dengan kemaskini luaran yang lebih segar terutama sekali pada bahagian depan, menampilkan lampu, jeriji dan bampar baharu yang lebih agresif.

Harga bagi kedua-dua model itu dijangka bermula sekitar RM450,000, dengan perincian mengenai varian dan spesifikasi untuk pasaran Malaysia akan diumumkan dalam masa terdekat.

Pelanggan yang berminat untu membuat pra-tempahan SUV flagship ‘90’ pilihan mereka atau untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Volvo Car Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua model tersebut akan tersedia untuk pembelian dalam masa terdekat, dengan tarikh…
Model Terbaharu
Pembukaan tempahan EX30 CKD itu berikutan kejayaan jualan unit CBU yang telah habis terjual selepas…
Model Terbaharu
Dari segi spesifikasi, ia masih kekal dikuasakan oleh sistem hibrid ringkas yang menggabungkan…