Kedua-dua model tersebut akan tersedia untuk pembelian dalam masa terdekat, dengan tarikh pelancaran bakal diumumkan melalui laman web rasmi Volvo Car Malaysia.

Bagi mereka yang masih menggemarkan sebuah SUV berkuasa enjin pembakaran dalaman bersama trenkuasa PHEV, Volvo XC90 facelift merupakan pilihan terbaik dengan spesifikasi moden dan mewah yang ditawarkan.
Volvo XC90 facelift hadir dengan kemaskini luaran yang lebih segar terutama sekali pada bahagian depan, menampilkan lampu, jeriji dan bampar baharu yang lebih agresif.

Bagi yang menginginkan sebuah SUV elektrik sepenuhnya dengan ciri dan bilangan tempat duduk yang sama, Volvo XC90 merupakan jawapan untuk anda.
Volvo EX90 diperkenalkan buat kali pertama pada tahun 2022, di mana ianya telah menjadi model flagship paling moden dan selamat yang pernah dihasilkan oleh Volvo.

EX90 kini menjadi perintis dalam pelbagai aspek dalam barisan model Volvo, antaranya model pertama yang dilengkapi dengan teknologi lidar, model pertama yang dibina menggunakan Superset core computing tech stack Volvo Cars, serta model pertama yang dilengkapi kelengkapan pemanduan autonomi sepenuhnya.
Semua itu menyumbang kepada status Volvo EX90 sebagai sebuah SUV yang paling selamat di dalam pasaran.

Penghantaran global kepada pelanggan bagi Volvo EX90 telah bermula pada akhir tahun 2024, dan Malaysia akan menjadi antara pasaran pertama di Asia Pasifik yang memperkenalkan model baharu itu selepas Thailand.
Untuk maklumat lanjut mengenai tempahan Volvo EX90, kunjungi laman web Volvo Car Malaysia.
Baca: Volvo EX90 2024
Baca: Volvo XC90 2025