Volvo XC90 facelift 2020 dilancarkan, masih kekal dengan 3 varian

oleh SALINA JALIL|
SUV Volvo XC90 telah berjaya dijual sehingga 320,000 unit di seluruh dunia dan kini Volvo Malaysia secara rasminya melancarkan SUV Volvo XC90 facelift 2020 untuk pasaran Malaysia dengan beberapa perubahan yang tidak begitu ketara.


Pada bahagian luaran, gril hadapan sedikit berubah dengan rekaan melengkung kedalam. Sekali pandang, bampar hadapan XC90 ini adalah sama seperti model sebelumnya, tetapi ia sebenarnya menerima sentuhan semula pada bahagian lip bawah dan kini menerima lebih kemasan krom. Versi ini juga didatangkan dengan rim rekaan baharu.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

2

 

Di bahagian kabin pula, ia masih tidak berubah tetapi sedikit penambahbaikan seperti enam konfigurasi tempat duduk dan masih kekal dengan tujuh-tempat duduk. 

 

Model tertinggi T8 Inscription pula diberikan tombol penukar gear kristal Orrefors dengan rekaan baharu.

 


 

 

Untuk model T8, kemampuan baterinya juga telah ditambah baik dari 10.4kWh kepada 11.6kWh dan ini meningkatkan kadar pemanduan elektrik sehingga 50km.

 

Walau bagaimanapun ia masih menggunakan enjin yang sama dan menghasilkan kuasa 407 hp/640 Nm tork masih dikekalkan dan bukan seperti yang digemburkan sebelum ini.

 

1

 

Model T5 pula mempunyai penyaman udara tiga baris dengan lubang udara berbentuk C, sistem maklumat penanda jalan (RSI) dan juga kawalan cuaca elektronik 4-zone dengan kotak sejuk yang sebelum ini hanya boleh didapati untuk model T8.

 

Sistem infotainment Sensus yang dikemaskini sepenuhnya merupakan ciri unik dan standard untuk kereta Volvo dan ia boleh digunakan dengan Apple Carplay dan Android Auto serta perkhidmatan penstriman Spotify Music.

 

 

Dari segi teknologi keselamatan, XC90 kini menawarkan bantuan pemanduan untuk City Safety dan Blind Spot Information System. 


City Safety dengan brek auto merupakan satu-satunya sistem yang terdapat di pasaran yang mampu mengenal pasti pejalan kaki, penunggang basikal dan haiwan besar. 


Sistem Oncoming Lane Mitigation pula diperkenalkan pertama kali untuk model XC60 kini boleh didapati untuk model XC90, manakala teknologi Cross Traffic Alert kini dilengkapi dengan brek auto.  
 

 

Volvo XC90 berwajah baharu ini boleh didapati dengan harga permulaan RM373,888 bagi varian T5 (harga atas jalan, tanpa insurans).


Bagi versi tertinggi iaitu T8 Twin Engine Inscription Plus, harga jualan adalah RM410,088, model pertengahan T8 Twin Engine Inscription berharga RM400,088.
    


Terdapat lima warna pilihan iaitu Crystal White Pearl, Denim Blue Metallic, Onyx Black Metallic, Pebble Grey Metallic, dan Thunder Grey Metallic.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berbanding model C40 yang terdahulu, C40 2024 berupaya untuk bergerak sejauh sehingga 550 km,…
Berita Domestik
Sebagaimana yang dijanjikan untuk tahun ini, Volvo Malaysia memperkenalkan secara rasmi model…
Model Terbaharu
Model generasi ketiga yang baharu sahaja diperkenalkan pada tahun lalu ditawarkan dalam varian…