Volvo XC90 2019, sama tetapi lebih kemas

oleh Muhammad Md Tajudin|
Jika ditanya apakah model kebangkitan Volvo? Ini jawapannya, Volvo XC90 yang berjaya mewujudkan faktor 'wow' kepada pasaran dan membuatkan Volvo sekali lagi disegani.

Satu lagi kepakaran Volvo ialah dalam bidang reka bentuk yang malar segar. XC90 misalnya sudah memasuki tahun keempat dan kini masa untuk dikemaskini.

Jika mengikut standard industri, jangka masa tersebut sudah melebihi norma dan Volvo boleh melakukannya sebab ia adalah Volvo.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Volvo XC90 R-Design T8 Twin Engine
Volvo XC90 R-Design T8 Twin Engine 

 

XC90 adalah model pertama dalam program transformasi Volvo Cars dengan platform, nadi kuasa dan teknologi keselamatan yang dibangunkan sendiri.

Melalui XC90, Volvo memperkenalkan wajah baharu yang diserlahkan dengan lampu utama Thor dan platform Scalable Product Architecture. Itu belum pelbagai teknologi canggih yang dimuatkan kepada SUV ini.

Hasilnya sedang dituai Volvo apabila XC90 berjaya dijual lebih daripada 320,000 unit di serata dunia.

Untuk mendepani beberapa tahun lagi hayat kitaran produk, Volvo Cars memperkenalkan XC90 yang dikemaskini.

Masih sama tanpa perubahan besar-besaran kecuali tambahan pilihan enjin dan sedikit perbezaan kosmetik.

 

Volvo XC90 R-Design T8 Twin Engine

 

Buat kali pertama XC90 ditawarkan sistem pembrekan pemulihan tenaga kinetik termaju yang dipadankan bersama enjin sedia ada bagi mewujudkan nadikuasa elektrifikasi bersepadu.

Pakej baharu ini dinamakan sebagai B dan menawarkan 15 peratus penjimatan bahan api dan pengurangan emisi dalam pemanduan sebenar di atas jalan raya.

Sistem brek dengan wayar (brake by wire) baharu berinteraksi dengan sistem pemulihan tenaga dan mengurangkan penggunaan bahan api dan emisi melalui penghasilan tenaga kinetik sewaktu membrek.

Pengenalan XC90 dengan teknologi B ini mewakili langkah besar Volvo Cars dalam misi kenderaan elektrifikasi.

Model dengan siri B akan menjadi tawaran baharu kepada model sedia XC90 T8 Twin Engine plug-in hybrid.

 

Volvo XC90 R-Design T8 Twin Engine

 

Pada bahagian luaran, perubahan hanya minimum iaitu pada gril dengan corak baharu yang lebih menyerlah, roda, warna dan corak dalam lampu depan Thor dan belakang.

Dari segi teknologi keselamatan aktif, XC90 kini dilengkapi stereng automatik dalam pakej City Safety dan Blind Spot Information System.

Teknologi City Safety dengan Autobrake masih lagi yang pertama seumpamanya di pasaran yang mampu mengesan pejalan kaki, penunggang basikal dan haiwan bersaiz besar.

Teknologi Oncoming Lane Mitigation yang pertama kali diperkenalkan pada XC60 turut dilengkapi pada XC90 manakala teknologi Cross Traffic Alert kini didatangkan dengan brek automatik.

 

Volvo XC90 Inscription T8 Twin Engine

 

Kesemua teknologi ini dan gabungan ciri-ciri lain menjadikan XC90 salah satu daripada kereta paling selamat di dunia.

Sistem hiburan pula yang sebelum ini hanya dengan sambungan Apple CarPlay kini boleh dihubungkan bersama Android Auto.

Volvo XC90 2019 akan mula dikeluarkan di kilang Torslanda, Sweden bermula Mei depan dengan penghantaran kepada pelanggan bermula akhir suku kedua tahun ini.

Di pasaran tempatan, harga Volvo XC90 bermula dari RM403,888.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…
Berita Global
Seorang peminat tegar Lego, David Gustafsson kini merealisasikan meme tersebut dengan menghasilkan…