Volvo XC60 generasi berikutnya sah guna trenkuasa elektrik sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Baru-baru ini, Volvo telah mengumumkan kerjasama strategik dengan syarikat pembekal bateri Sweden, Northvolt untuk membangunkan dan memasang bateri yang lebih lestasi untuk kenderaan generasi baharu Volvo dan Polestar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Perancangan tersebut turut merangkumi model seperti Volvo XC40 Recharge, serta generasi baharu XC60 yang bakal diperkenalkan sekitar tahun 2024, menurut laporan daripada CarAdvice.

Setakat ini, tiada sebarang informasi jelas berhubung platform yang bakal digunakan oleh Volvo untuk model XC60, namun syarikat induknya Geely kini sudah pun mempunyai senibina SEA yang mampu menawarkan jarak operasi sejauh 700 km, konfigurasi tiga motor elektrik serta pecutan 0-100 km/j di bawah tiga saat sahaja.

 


Langkah terbaharu ini adalah selaras dengan misi Volvo untuk memastikan sekurang-kurangnya separuh daripada portfolio modelnya terdiri daripada EV tulen menjelang pertengahan dekad ini, dan 100 peratus model EV menjelang tahun 2030.

Menerusi kerjasama itu lagi, Volvo bakal membangunkan sebuah pusat kajian dan penyelidikan di Sweden yang akan beroperasi pada tahun 2022, serta kilang bateri baharu di Eropah dengan kapasiti 3,000 tenaga pekerja menjelang tahun 2026.

Kilang tersebut dikatakan mempunyai kapasiti produksi sehingga 50 GWh sel bateri setiap tahun dan mencukupi untuk penghasilan 500,000 hingga 600,000 bateri EV.

Sumber: CarAdvice

Berita Berkenaan

Berita Global
Isu itu melibatkan satu skru tambahan yang dimasukkan secara tidak sengaja semasa kerja pemasangan…
Berita Domestik
Antara yang menarik perhatian ialah kelibat sebuah Volvo XC90 yang dipenuhi antena pada bahagian…
Berita Global
Namun, untuk mereka yang mahukan lebih daripada itu, anda boleh mendapatkan khidmat naik taraf…