Volvo XC60 diiktiraf Kereta Dunia 2018!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Jika ada tempoh kegemilangan Volvo sepanjang sejarah penubuhannya, sekarang ini lah waktunya. Selepas lama berada di bawah radar pasaran massa dan pengiktirafan badan profesional, Volvo kini dijulang tinggi.

Sama ada jualan yang meningkat dari tahun ke tahun atau program pemanduan autonomi semuanya nampak kena dengan selera pasaran dan profesional.

Kali ini Volvo telah menerima pengiktirafan tertinggi apabila Volvo XC60 dipilih sebagai Kereta Dunia 2018 (World Car of the Year) sempena Pameran Kereta Antarabangsa New York 2018.

Ini sebenarnya kemenangan kedua buat Volvo pada awal bulan ini apabila Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Volvo Cars, Håkan Samuelsson memenangi anugerah Tokoh Kereta Tahun 2018 (World Car Person of the Year).

"Saya sangat gembira apabila pelaburan syarikat kami terhadap produkai yang dihasilkan membuahkan hasil," kata Håkan Samuelsson. 
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Volvo XC60

 

"Persaingan untuk anugerah ini begitu sengit dan anugerah yang dimenangi XC60 menunjukkan bahawa Volvo mempunyai kombinasi yang betul dari segi reka bentuk, sambungan (connectivity) yang menarik perhatian pelanggan di serata dunia." tambah Håkan Samuelsson.

Saingan hebat

Volvo XC60 terpilih dari senarai 34 buah kereta serata dunia yang kemudian ditapis kepada sepuluh dan akhirnya disenarai pendek kepada tiga sahaja seperti yang diumumkan di Geneva pada awal bulan ini.

Kereta tersebut ialah Mazda CX-5, Range Rover Velar dan Volvo XC60.

Syarat utama untuk tersenarai ialah kereta tersebut mestilah dijual di sekurang-kurangnya dua benua dari 1 Januari 2017 sehingga 31 Mei 2018.

 

Volvo XC60

 

Untuk anugerah tahun ini, kereta dipilih dan diundi oleh juri antarabangsa yang terdiri dari 82 jurnalis kanan automotif dari 24 buah negara serata dunia. Firma antarabangsa perakaunan KPMG pula terlibat dalam proses pengiraan undi dari para juri.

Berikut ialah senarai pemenang anugerah kereta tahunan sejak tahun 2005:

  • Jaguar F-PACE (2017) 
  • Mazda MX-5 (2016) 
  • Mercedes-Benz C-Class (2015) 
  • Audi A3 (2014)
  • Volkswagen Golf (2013)
  • Volkswagen Up! (2012)
  • Nissan Leaf (2011)
  • Volkswagen Polo (2010)
  • Volkswagen Golf (2009)
  • Mazda2 / Mazda Demio (2008)
  • LS460 (2007)
  • BMW 3-Series (2006)
  • Audi A6 (2005)

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…
Berita Global
Seorang peminat tegar Lego, David Gustafsson kini merealisasikan meme tersebut dengan menghasilkan…