Volvo XC60 dan Volvo V60 PHEV talaan Polestar, T8 Twin-Engine, 415 hp!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun Polestar bergerak sendirian menghasilkan model PHEV dan EV (Polestar 1, Polestar 2 dan Polestar 3), ia masih tidak melupakan khidmat utama mereka dalam memberikan talaan berprestasi tinggi kepada syarikat Volvo. 

Ini dibuktikan dengan pengenalan SUV XC60 dan wagon V60 yang merupakan model terkini menerima talaan daripada Polestar, selepas sedan S60 Polestar Engineered. 

Kedua-dua SUV XC60 dan wagon V60 versi T8 Twin-Engine telah ditala semula dan mampu menghamburkan kusa setinggi 415 kuasa kuda dan 669 Nm daya kilas, peningkatan sebanyak 15 hp dan 33 Nm daripada versi T8 standard. 

Selain daripada naik taraf prestasi enjin, kemasan luaran juga turut diberikan perhatian seperti penggunaan rim 10-spoke, tip ekzos hitam krom, gril hitam berkilat, serta tampalan lencana Polestar. 
 


Ruang dalaman pula menampilkan tali pinggang keledar berwarna emas manakala kemasan arang pula mengakhiri perubahan yang dibawakan pada versi Polestar Engineered ini. 

Volvo XC60 dan Volvo V60 akan mula dijual bermula musim panas ini dengan harga yang masih belum ditetapkan lagi. 

Menariknya, walaupun ia berharga sedikit mahal berbanding versi T8 biasa, menurut Anders Gustafsson selaku presiden Volvo Car USA menyebut kesemua 20 unit sedan S60 Polestar Engineered habis terjual dalam masa satu jam sahaja!

Nasib anda baik apabila Volvo tidak mengehadkan produksi XC60 dan V60 Polestar Engineered dan tidak pula dijual menerusi program langganan seperti mana kebiasaan Volvo.

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…