Volvo XC40 sah terima varian EV, versi T5 Twin Engine bakal masuk fasa produksi

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Volvo Cars mengesahkan bahawa crossover muda kelahiran jenama Sweeden itu, Volvo XC40 bakal menerima varian EV paling lewat sebelum hujung tahun melabuhkan tirainya, menurut laporan daripada Automotive News

Volvo XC40 bakal mengekalkan penggunaan platform Compact Modular Architecture (CMA) untuk versi elektrik XC40 yang bakal menyusul. 

Buat mereka yang tidak tahu, platform CMA ini juga turut digunakan oleh jenama Lynk & Co bagi model-model seperti SUV 01, 02 dan juga sedan 03.
 


Selain daripada Volvo XC40, jenama yang bernaung di bawah Volvo, iaitu Polestar turut sama melancarkan sedan crossover Polestar 2 yang juga turut menggunakan nadi elektrik sepenuhnya bagi memberikan saingan kepada Tesla. 

Walaupun masih muda, SUV XC40 cepat menjadi model paling laris terjual di seluruh dunia, sehinggakan Volvo terpaksa menambah kapasiti produksi SUV di Eropah dan China untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat. 

Namun, sebelum model EV tiba sepenuhnya, Volvo merancang untuk memperkenalkan varian plug-in hybrid (PHEV) iaitu T5 Twin Engine. 
 


XC40 T5 Twin Engine bakal menggunakan enjin 1.5 liter tiga silinder (180 hp) yang digandingkan dengan elektrik motor (82 hp) untuk output gabungan setinggi 262 hp dan 425 Nm daya kilas. 

Versi T5 Twin Engine ini mampu memecut sepantas 7.3 saat dari 0-100 km/j dengan had laju maksimum 205 km/j. 

Ia juga mampu bergerak dalam mod elektrik semata-mata sejauh 54 km. 
 


Menurut Volvo, crossover XC40 T5 Twin Engine akan mula memasuki produksi tahun ini (minggu ke-46) di kilang pemasangan Ghent. 

Manakala versi T4 Twin Engine juga dikatakan dalam perancangan untuk diperkenalkan kepada umum namun tiada sebarang maklumat lanjut berkenaan versi ini dilaporkan.

Baca: Pandu Uji Volvo XC40 T5 R-Design

Sumber: Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
  Penawaran itu mewakili dua daripada tiga varian rangkaian kuasa baharu untuk kedua-dua…
Berita Domestik
Volvo XC40 B5 Ultimate ini membawakan trenkuasa hibrid ringan dengan enjin empat silinder sebaris 2…
Pelancaran
Dari segi spesifikasi, Volvo XC40 Recharge T5 didatangkan dengan enjin tiga silinder sebaris 1.5…