Volvo XC40 Recharge Pure Electric - harga jualan unit CKD dari RM262,460

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Car Malaysia mengumumkan harga jualan bagi SUV elektrik pertama jenama itu, Volvo XC40 Recharge Pure Electric yang kini dijual bermula dari RM262,459.75.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelancaran XC40 Recharge Pure Electric  pada bulan lalu merupakan satu detik penting buat Volvo Car Malaysia kerana menjadi jenama premium pertama di Malaysia yang menawarkan EV dalam bentuk pemasangan tempatan (CKD).

Volvo Car Malaysia turut mengumumkan pakej yang merangkumi:

  • kabel pengecas kereta
  • pakej servis
  • jaminan pengeluar selama lima tahun
  • jaminan bateri selama lapan tahun
  • bantuan tepi jalan selama lima tahun

 

XC40


Volvo XC40 Recharge Pure Electric boleh didapati dalam lima pilihan warna iaitu Black Stone, Crystal White Pearl, Denim Blue, Glacier Silcer dan juga Sage Green.

Pelanggan yang membuat pesanan mereka secara dalam talian dijangka akan menerima kenderaan mereka bermula penghujung April 2022.

Tempahan pandu uji pula boleh dibuat menerusi laman web www.volvocars.com/my atau dengan menghubungi mana-mana pengedar sah Volvo.

 


Baca: Volvo XC40 Recharge Pure Electric - EV CKD pertama di Malaysia
Baca: Pandu Uji Ringkas Volvo XC40 Recharge Pure Electric

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…