Volvo XC40 Recharge Pure Electric 2022, EV pemasangan tempatan, 408 hp, 660 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Cars Malaysia memulakan penawaran portfolio kenderaan elektrik di Malaysia dengan pelancaran model terbaharu Volvo XC40 Recharge 2022 untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ditawarkan dalam varian tunggal, Volvo XC40 Recharge merupakan unit pemasangan tempatan (CKD) yang didatangkan dengan trenkuasa motor elektrik berkembar menghasilkan 408 hp dan daya kilas 660 Nm.
 

EV


Sistem pacuan semua roda (AWD) membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.9 saat, dengan kelajuan tertinggi dihadkan kepada 180 km/j sahaja.

Pek bateri 78 kWh pula membenarkan jarak pemanduan sejauh 418 km untuk sekali cas, selain menyokong pengecasan pantas 150 kW yang membolehkan SoC bateri mencapai 80 peratus dalam tempoh 40 minit sahaja.
 

EV


Ruang kabin pula adalah menyamai apa yang ditawarkan pada model XC40 standard, namun sistem infotainmen 12.3 inci itu kini menyokong sistem operasi Android Automotive OS yang membolehkan segala fungsi Google diakses dan digunakan sepenuhnya oleh pemandu.

Selain ruang kargo sebesar 413 liter di bahagian tempat duduk belakang, pembeli juga boleh mendapatkan ruang kargo tambahan di bahagian frunk sebesar 31 liter.
 

EV


Volvo XC40 Recharge EV boleh didapati di kebanyakan pengedar Volvo bermula 4 April 2022, dan harga jualan hanya akan diumumkan kelak.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Volvo berjaya menjual 3,194 unit kereta pada tahun 2022, dengan bulan Disember sebagai bulan…
Pelancaran
Volvo C40 Recharge didatangkan dengan trenkuasa elektrik sepenuh masa yang terdiri daripada motor…
Berita Global
Syarikat operator teksi terbesar di Sweden, Cabonline akan menerima beberapa unit Volvo XC40…