Volvo XC40 laku keras sehingga produksi perlu ditambah

oleh Muhammad Md Tajudin|
Di negara kita, model-model era baharu dan canggih sudah hampir kesemuanya dilancarkan. Paling awal ialah XC90 kemudian disusuli oleh S90, V90 (hanya seketika) dan terbaru ialah XC60.

Tinggal lagi ialah XC40 yang merupakan suv paling kecil dalam barisan kenderaan Volvo.

Selain paling kecil, Volvo juga begitu laris di pasaran di mana tempahan yang diterima sudah pun menghampiri angka 80,000 unit. Model ini dilancarkan pada bulan September 2017.

Disebabkan sambutan hangat itu, Volvo akan menambah jumlah produksi di Eropah dan China bagi memenuhi permintaan di serata dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Volvo XC40

 

Volvo merancang untuk mengembangkan lagi produksi XC40 di Ghent, Belgium dan menambah kapasiti produksi di Luqiao, China pada separuh pertama tahun ini.

Selain menerima sambutan hangat, XC40 ini juga istimewa apabila menjadi model Volvo pertama yang memenangi Kereta Tahunan Eropah (European Car of the Year) pada Mac lalu.

XC40 adalah kereta pertama yang dibina berasaskan platform CMA baharu. Model ini dibangunkan bersama dengan Geely Holding yang mana memberi faedah dari segi skala ekonomi.

Pada Mac lalu, Volvo mengumumkan pengeluaran model untuk sebuah lagi jenama di bawah Geely iaitu Lynk & Co di kilang Ghent, Belgium dan model atau nama rasminya 01 itu turut dibina berasaskan platform CMA.

 

Volvo XC40

 

Satu lagi berita menarik dari Volvo.

Jenama Sweden itu juga mengumumkan satu lagi model kecil yang berasaskan platform CMA, apa lagi jika bukan model pengganti V40 yang merupakan hatchback paling kecil syarikat.

V40 adalah 'hero' kepada Volvo dan ia model pertama yang menggunakan konsep 'Designed Around You'. 

Model baharu yang dikeluarkan nanti akan mempunyai pelbagai nadi kuasa termasuk elektrik sepenuhnya dan ia akan dijual di serata dunia.

Volvo belum memberikan tarikh pengenalan rasmi dan ia adalah produk penting di celah-celah populariti VW Golf GTI, Mercedes-Benz A Class dan Ford Focus.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…