Volvo XC40 EV - crossover yang paling selamat atas muka bumi!

oleh Mohamad Hanif|
Volvo XC40 merupakan crossover mewah kompak yang dihasilkan bermula November 2017 sehinggalah sekarang, dan ia merupakan antara model yang paling laris dalam sejarah Volvo.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Manakan tidaknya, syarikat yang kini bernaung di bawah Geely itu merancang untuk meningkatkan produksi crossover tersebut bagi menampung permintaan global yang semakin meningkat. 

Oktober ini, crossover ini sekali lagi mencatatkan sejarah apabila bakal menjadi kenderaan sifar emisi pertama yang dihasilkan oleh pengeluar yang berjiran dengan pembuat bebola daging Sweden itu. 
 


Menurut Volvo, crossover XC40 EV ini juga akan menjadi salah sebuah kereta yang paling selamat di atas jalan raya, terima kasih kepada struktur hadapan yang diperkukuh bagi menampung ruang yang ditinggalkan oleh enjin pembakaran dalaman. 

Pek bateri pula akan diposisikan rendah di bahagian lantai bagi menawarkan titik graviti yang lebih rendah, sekaligus memberikan perlindungan daripada sebarang insiden kereta terbalik.

Tambah menarik apabila struktur yang menjadi perumah pek bateri menggunakan rangka aluminium extruded di tengah struktur kenderaan untuk membentuk zon remuk di sekeliling bateri. 
 


Di ruang belakang pula, struktur di bahagian tersebut turut diperkukuh bagi menyebarkan daya pelanggaran jauh dari ruang kabin sekiranya berlaku sebarang kemalangan, sekaligus mengurangkan kecederaan. 

Anda sudah tentu arif dengan kenderaan Volvo yang memiliki ciri keselamatan yang serba lengkap, namun Volvo Cars melengkapkan XC40 EV ini dengan ciri Advanced Driver Assistance System (ADAS) termaju yang disokong oleh radar, kamera, dan sensor ultrasonik.

Perisian ADAS ini pula dibangunkan oleh Zenuity.

 


Volvo akan mendedahkan lebih perincian berkenaan crossover EV ini dalam masa terdekat, mendahului acara pengenalan kepada umum pada 16 Oktober kelak. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Penawaran itu mewakili dua daripada tiga varian rangkaian kuasa baharu untuk kedua-dua…
Berita Domestik
Volvo XC40 B5 Ultimate ini membawakan trenkuasa hibrid ringan dengan enjin empat silinder sebaris 2…
Pelancaran
Dari segi spesifikasi, Volvo XC40 Recharge T5 didatangkan dengan enjin tiga silinder sebaris 1.5…