Kerjasama ini bakal menyaksikan kepakaran Waymo dalam pembangunan perisian 'pemandu' yang dilengkapi dengan kepintaran buatan (AI), manakala Volvo pula mencurahkan kepakaran mereka dalam rekaan dan pembuatan kenderaan.
Difahamkan, selain daripada Volvo, Waymo juga akan bekerjasama dengan jenama global Volvo yang lain seperti Polestar dan Lynk & Co.
Selain daripada kerjasama dengan Waymo, Volvo juga turut mempunyai perjanjian berasingan dengan syarikat Uber Technologies juga di dalam bidang yang serupa.
Namun, pembangunan Uber di dalam teknologi swapandu ini terhenti seketika akibat kemalangan maut yang membunuh pejalan kaki di Arizona pada tahun 2018.
Apatah lagi, baru-baru ini Uber turut sama terkesan dengan COVID-19, dan berusaha untuk bangkit semula dengan mengurangkan sebilangan tenaga pekerja dan kos operasi.
Setakat ini, Waymo dan Volvo masing-masing tidak mendedahkan perincian berkenaan pelancaran kenderaan baharu mereka.