Volvo Valet App - #dudukrumah, biar Volvo serviskan kereta anda!

oleh Mohamad Hanif|
Di Amerika Syarikat, Volvo Cars nampaknya telah memulakan satu program baharu yang membenarkan kenderaan Volvo diservis tanpa memerlukan para pemilik keluar dari rumah, apatah lagi ketika Perintah kawalan Pergerakan sedang dilaksanakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi aplikasi Volvo Valet, ia merupakan perkhidmatan untuk mengambil dan menghantar semula kenderaan untuk program penyelenggaraan berkala premium dan segala status boleh disemak menerusi aplikasi peranti pintar. 

Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi Android dan juga iOS, dan para pemilik perlu membuat temujanji dan waktu terlebih dahulu. 

Selepas selesai, wakil daripada pengedar akan hadir ke rumah untuk mengambil kereta Volvo dan meminjamkan sebuah kereta ganti yang boleh digunakan sepanjang tempoh proses penyelenggaraan dan servis berkala dijalankan. 

Malah, macam aplikasi e-hailing, para pemilik boleh menyemak kedudukan kereta mereka dan jangkaan ketibaan secara masa nyata menerusi aplikasi Volvo Valet tersebut. 

Setelah selesai, notifikasi akan dihantar kepada para pemilik untuk memberitahu kenderaan mereka siap diservis dan akan menetapkan masa untuk memulangkan semula kenderaan Volvo kepada pemiliknya. 

Menariknya, servis Volvo Valet ini terbuka kepada semua kenderaan Volvo tidak kira tempoh usia pemilikan. 

Untuk jangka masa akan datang, aplikasi Volvo Valet ini akan diperluaskan penggunaannya bagi tujuan lain seperti penghantaran kenderaan sewa pajak, pemulangan kenderaan serta sesi pandu uji bermalam.