Volvo V60 Recharge T8 2022 rasmi - unit CKD, harga dari RM287,474

oleh Mohamad Hanif|
Setelah sekian lama tiada penawaran model wagon, Volvo Car Malaysia akhirnya secara rasmi membawakan Volvo V60 Recharge T8 untuk pasaran Malaysia.

Ditawarkan dalam varian tunggal plug-in hybrid, Volvo V60 Recharge T8 ini tampil dengan enjin petrol 2.0 liter Drive-E yang dilengkapi pengecas turbo dan pengecas lampau menghasilkan 320 kuasa kuda dan 400 Nm.
 

V60


Dengan padanan motor elektrik, kuasa output keseluruhan adalah sekitar 407 hp dan 640 Nm.

Pecutan 0-100 km/j hanyalah sepantas 4.6 saat dan bacaan penggunaan bahan api adalah serendah 2.0 liter/100 km.

Berbanding model sedan, Volvo V60 menawarkan ruang kargo sebesar 529 liter atau sehingga 1,441 liter apabila tempat duduk belakang dilipat dengan nisbah 60:40.
 

V60


Antara kelengkapan standard yang dimuatkan termasuklah unit lampu utama LED dengan lampu nyalaan siang LED, Active Bending Lights (ABL) dengan sistem pelarasan automatik, rim bersaiz 19 inci, serta sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS).

Sementara ruang kabin pula mendapat kelengkapan seperti skrin kluster instrumen 12.3 inci, paparan head-up, Intelligent Driver Information System (IDIS), skrin paparan tengah sembilan inci Sensus Connect, sistem audio keliling Harman Kardon dengan 14 pembesar suara, serta kehadiran slot pengecasan USB-A dan USB-C.
 

V60


Standard sebuah kereta Volvo, V60 juga turut dilengkapi dengan ciri keselamatan Intellisafe yang merangkumi:

  • Pengelakan dan Mitigasi Pelanggaran - sokongan pengesanan di persimpangan, serta mampu mengesan pejalan kaki, penunggang basikal dan haiwan besar
  • Amaran Pelanggaran (dan Sokongan Pengelakan) Hadapan Dan Belakang
  • Sistem Informasi Titik Buta (dengan Bantuan Stereng)
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang (dengan Brek Automatik)
  • Bantuan Pengekalan Lorong (LKA)
  • Mitigasi Keluar Jalan dengan Pengesanan Tebing Jalan
  • Driver Alert Control (DAC)
  • Oncoming Lane Mitigation

Harga jualan Volvo V60 Recharge T8 2022 versi pemasangan tempatan (CKD) ini bermula dari RM287,474.

Berita Berkenaan

Telah Diuji
1. Kejutan Hari Raya Aidilfitri yang disambut sehari lebih awal berbanding tarikh kalender kuda. 2…