Volvo umum kilang EV baharu di Slovakia, kapasiti produksi 250,000 unit per tahun

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Cars mengumumkan perancangan untuk membina kilang pemasangan kenderaan baharu di Eropah yang terletak di Kosice, bandar kedua terbesar di Slovakia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kilang ketiga yang dimiliki oleh Volvo itu dibangun dengan kos pelaburan berjumlah 1.2 bilion euro (RM5.53 bilion) di mana 20 peratus daripada jumlah tersebut akan ditanggung oleh kerajaan tempatan.

Menurut Volvo, kilang terbaharu itu mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 250,000 unit dan mampu mencipta sehingga 3,300 peluang pekerjaan. Pembinaan dijadualkan bermula tahun depan manakala produksi pula hanya akan bermula pada tahun 2026.

Selain Volvo, Slovakia turut menempatkan kilang-kilang daripada pengeluar utama seperti Volkswagen, Peugeot, Kia Motors Corp dan Jaguar Land Rover.

Lokasi Kosice dipilih memandangkan kawasan tersebut menawarkan jaringan pengangkutan dan logistik yang baik kepada Eropah, ditambah pula dengan insentif yang ditawarkan oleh kerajaan Slovakia yang merupakan kunci utama dalam keputusan memilih lokasi kilang baharu ini.

Kilang pertama Volvo di Torslanda dibuka pada tahun 1964 diikuti dengan pembukaan kilang Ghent pada tahun berikutnya.

Dengan penambahan kilang baharu di Kosice, Volvo kini mempunyai kapasiti pengeluaran sehingga 600,000 kenderaan setiap tahun.