Volvo Umum Kemas Kini Barisan Model Tahun 2026 – XC60 dan EC40 Baharu Dilancarkan di Malaysia

oleh Qalif Latif|
Volvo Car Malaysia mengumumkan kemas kini menyeluruh untuk barisan model tahun 2026, termasuk pelancaran refreshed XC60 dan varian baharu EC40 Single Motor. Selain daripada perubahan mekanikal dan visual, pengeluar dari Sweden itu turut memperkenalkan antaramuka pengguna baharu yang lebih moden dan mudah digunakan.

XC60 Refreshed – Lebih Sporty dan Canggih

Volvo XC60 kini tampil dengan gril depan baharu, sistem suspensi udara, serta teknologi terkini yang menambah keselesaan dan keselamatan pemanduan.
Harga rasmi bermula daripada RM328,888 untuk XC60 B5 AWD
mild hybrid dan RM362,888 untuk XC60 T8 AWD plug-in hybrid (PHEV).

Model XC60 T8 AWD PHEV mampu bergerak sejauh 89 km secara elektrik penuh (WLTP), sesuai untuk pemanduan harian tanpa emisi. Dengan tork melebihi 450Nm, SUV ini menggabungkan prestasi tinggi serta kecekapan bahan api yang baik, manakala varian B5 pula menawarkan pemanduan lancar tanpa perlu dicas.

EC40 Single Motor – Lebih Mampu Milik dan Efisien

EC40 kini ditawarkan dalam varian single motor pada harga RM248,888. Model elektrik sepenuhnya ini menggunakan motor belakang 175 kW (238 hp) dengan pecutan 0–100 km/j hanya 7.3 saat. Dilengkapi bateri 70 kWh, EC40 mampu mencapai jarak pemanduan sehingga 488 km (WLTP) dan menyokong pengecasan pantas DC dari 10–80% dalam masa 26 minit.

Volvo turut memperkenalkan warna baharu Sand Dune yang diinspirasikan daripada pesisir pantai barat Sweden, selain pilihan sedia ada Aurora Silver, Onyx Black dan Crystal White.

XC90 – Flagship SUV Lebih Eksklusif

SUV keluarga mewah XC90 kini menerima warna baharu Aurora Silver bersama tiga pilihan lain –Onyx Black, Denim Blue, dan Crystal White.
Ia ditawarkan dalam dua varian kuasa:

  • XC90 Ultra T8 PHEV – RM434,888 (462 hp, 709 Nm, 1.8L/100 km)

  • XC90 Ultra B5 mild hybrid – RM418,888 (249 hp, 350 Nm)

Kedua-dua varian dilengkapi paparan tengah 11.2 inci dengan sistem UX generasi baharu, paparan pemandu 12.3 inci, head-up display, Pilot Assist generasi terkini, kamera 360 darjah, sistem audio Bowers & Wilkins, tempat duduk depan berkuasa dengan ventilasi dan memori, bumbung suria panorama serta sistem pendingin hawa empat zon.

Antaramuka Pengguna Baharu – Volvo Car UX

Barisan model 2026 turut diperkenalkan dengan Volvo Car UX, antaramuka baharu dengan susun atur menegak, ikon lebih besar, serta pintasan dinamik. Sistem ini memudahkan akses kepada fungsi penting seperti driving mode atau kamera 360 darjah hanya dengan satu sentuhan.

Barisan Volvo 2026 di Malaysia

Volvo kini menawarkan rangkaian SUV lengkap untuk pasaran Malaysia bermula dari EX30 yang kompak, XC40 B5, EC40 elektrik penuh (Single dan Twin Motor), XC60, XC90, dan EX90 sebagai model paling selamat dalam sejarah Volvo. Semua model boleh dilihat dan ditempah di bilik pameran rasmi Volvo di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut atau tempahan pandu uji, layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook dan Instagram.

Sumber: Volvo Car Malaysia

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Selepas Thailand, Malaysia akan menjadi negara kedua di Asia Pasifik untuk menerima kehadiran model…
Berita Domestik
Kedua-dua model tersebut akan tersedia untuk pembelian dalam masa terdekat, dengan tarikh…
Model Terbaharu
Pembukaan tempahan EX30 CKD itu berikutan kejayaan jualan unit CBU yang telah habis terjual selepas…