Volvo Trucks serah 38 trak prime mover Volvo FM kepada LTS Group

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Trucks baru-baru ini telah menyerahkan 38 unit trak prime mover Volvo FM370 4x2T RAS kepada syarikat logistik terbesar yang menyediakan perkhidmatan dalam sector pengangkutan, membawa kontena, gudang dan penyelenggaraan di sekitar Pulau Pinang, Utara Malaysia, KLIA dan Johor, Syarikat Kumpulan Lee Ting San (LTS Group).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Satu majlis penyerahan trak baharu itu telah diadakan di pengedar Volvo Trucks di Prai. 

Setakat ini, 20 unit telah diserahkan dan baki 18 unit lagi dijadual diserahkan dalam tempoh dua bulan atau sekitar Januari tahun depan. 

Secara keseluruhannya Kumpulan LTS memiliki 280 unit trak prime mover, di mana 80 unit daripadanya merupakan trak daripada Volvo Trucks.
 


Dengan pembelian Volvo FM prime mover baharu membolehkan Kumpulan LTS memulakan proses penggantian kenderaan yang lama untuk menjadi lebih cekap malah kos operasi juga jauh lebih rendah. 

Trak baharu itu akan digunakan untuk perniagaan mengangkut kontena syarikat LTS Logistics (PG) Sdn Bhd bagi tujuan penghantaran kargo jarak jauh dan dekat.   

Semua trak Volvo FM baharu yang dibeli oleh Kumpulan LTS dilengkapi dengan sistem telematik Volvo iaitu Dynafleet dan termaktub dalam Perjanjian Servis Emas Volvo (Volvo Gold Service Agreement) yang turut merangkumi Volvo Uptime Promise.
 


Dynafleet membantu pelanggan mendapatkan lebih keuntungan dan kecekapan menerusi tiga perkhidmatan utama iaitu bahan api dan alam sekitar, posisi lokasi serta mesej. 

Fungsi Bimbingan Pemandu (Driver Coaching) yang ada padanya memberikan tip penjimatan bahan api yang penting kepada pemandu trak.Volvo Uptime Promise merupakan satu-satunya ciri seumpamanya di Malaysia yang menawarkan pampasan kewangan kepada pelanggan jika trak tidak dapat beroperasi dalam tempoh tertentu. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan LTS, Lee Kah Chye memberitahu bahawa syarikatnya berpuas hati dengan sokongan selepas jualan Volvo Trucks yang membuatkan mereka mengambil pakej Perjanjian Servis Emas Volvo (Volvo Gold Service Agreement) dengan Uptime Promise untuk semua trak baharu mereka. 
 


Uptime Promise Volvo Trucks merupakan satu ciri unik yang menawarkan pampasan kewangan kepada pelanggan jika tempoh kerosakan trak mereka untuk kembali bergerak di atas jalan raya melebihi dari masa yang dijanjikan oleh Volvo Truck. Selain daripada pampasan kewangan untuk trak yang tidak dapat beroperasi. 

Uptime Promise juga menawarkan pelbagai manfaat lain seperti pembaikan yang selamat dan boleh dipercayai, dijalankan oleh juruteknik Volvo yang berkemahiran tinggi, impak  minimum dari segi kerugian masa dan keuntungan, dan tempoh boleh operasi trak yang maksimum. 

Antara ciri yang ada pada kabin Volvo FM ialah kabin tersebut lengkap direka secara ergonomik dan luas. Papan pemukanya menempatkan butang kawalan dan fungsi yang senang dicapai. 

Manakala tempat duduknya boleh dilaras untuk menambah baik posisi pemanduan dan sokongan tulang belakang.  

Volvo FM juga menampilkan sistem Volvo Dynamic Steering termaju yang meningkatkan lagi keupayaan pemanduannya. 
 


Ditubuhkan pada tahun 1974, perniagaan Kumpulan LTS bermula dengan hanya sebuah trak yang dipandu sendiri oleh pengasasnya.

Setelah perniagaannya berkembang, syarikatnya mula membeli trak-trak jentera berat dan menjadi pelanggan Volvo Trucks sejak 18 tahun lyang alu menerusi pembelian model Volvo FM10.

Hari ini, syarikat LTS mempunyai lebih daripadi 500 orang kakitangan dan sejumlah trak pengangkutan yang merangkumi trak rigid dan trailer. 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Dua unit terawal itu telah diserahkan kepada syarikat logistik Swift Haulage Berhad. Pengenalan…
Berita Global
Mengikut spesifikasi, Volvo FL Electric membawakan motor elektrik tunggal berkuasa 241 hp (180 kW…
Berita Global
Aplikasi yang direka khusus untuk trak elektrik tersebut dikatakan mampu menyalurkan informasi yang…