Volvo Trucks Malaysia serah 10 buah FM440 kepada Taipanco

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Trucks Malaysia baru-baru ini telah mengadakan upacara penyerahan trak Volvo kepada Taipanco Sdn Bhd yang terletak di Bandar Suleiman, Pelabuhan Klang.

Pada majlis tersebut, syarikat Taipanco menerima 10 buah trak Volvo FM440 6x2 prime mover, tambahan kepada lebih 130 buah trak Volvo sedia ada yang dibeli sejak tahun 2005. 
 


Penambahan tersebut merupakan salah satu langkah jangka panjang Taipanco memperkembangkan lagi barisan pengangkutan mereka sedia ada. 

Menurut Pengarah Eksekutif Taipanco Sdn Bhd, Dato' Nazari Haji Akbar berkata, "kami yakin dengan barisan trak yang dipercayai ini menyumbang kepada perkembangan perniagaan kami, terima kasih kepada Volvo Trucks kerana sudi membekalkan produk yang tahan lasak serta khidmat selepas jualan yang boleh dipercayai."

Para tetamu yang hadir pada majlis tersebut turut dipersembahkan tayangan video inovasi teknologi yang dimiliki oleh Volvo Trucks.
 


Pengarah Urusan Volvo Malaysia, Mats Nilsson berkata, "Volvo Trucks berasa amat berbangga kerana dapat mengadakan majlis penyerahan trak Volvo ini kepada Taipanco, rakan perniagaan dan pelanggan tetap kami yang dihargai."

Pihak Volvo berharap melalui majlis sebegini dapat mengeratkan hubungan di antara mereka dengan para pelanggan, di samping terus memberikan produk yang berkualiti dan mutu khidmat servis yang cemerlang. 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, konsep tersebut menjadi realiti apabila Volvo Trucks melaksanakan projek tersebut sebagai…
Berita Domestik
Mitch akan mengambil alih tugas daripada Mats Nilsson yang telah berkhidmat selama lima tahun bagi…
Berita Global
"Terlalu banyak sebab kenapa pemanduan autonomi ini penting di Jepun, tetapi saya menegaskan…